3 TANDA DEHIDRASI YANG PERLU KORANG TAHU

3 TANDA DEHIDRASI YANG PERLU KORANG TAHU - Cuaca yang tak menentu membuatkan kulit kita senang terkena dehidrasi. Dehidrasi ini bukanlah sesuatu yang elok untuk kesihatan, ianya juga agak memudaratkan. Paling tak best bila gatal-gatal badan.

Dehidrasi terjadi kerana hilangnya Natural Moisturizing Factor (NMF), dan kerana beberapa sebab antaranya berpunca apabila individu kurang minum air kosong, terlalu terdedah dengan aircond dan cuaca panas, serta kerap mandi dengan air panas.

3 TANDA DEHIDRASI YANG PERLU KORANG TAHU


3 TANDA DEHIDRASI

1. BERASA MARAH ATAU KELIRU
Tanda awal dehidrasi adalah melibatkan mental lebih dari fizikal. Ada diantara mereka yang dehidrasi menjadi lebih pemarah, keliru dan kurang memberi tumpuan.

2. KEJANG OTOT
Jika terlalu banyak berpeluh, badan kita juga akan kekurangan garam. Bila garam kurang, maka nutrien yang diperlukan oleh otot akan hilang, seterusnya akan membuatkan korang jadi kejang otot. Pastikan minum air 100 plus sekali sekala, selain dari air kosong.

3. MENGGIGIL
Bila korang keluar rumah dalam cuaca yang panas dan badan mulai menggigil, atau berasa seperti ingin demam, mungkin korang terkena dehidrasi. Jangan berlengah, sila pergi jumpa doktor.

Sebenarnya, dehidrasi juga berlaku bukan hanya disebabkan cuaca, tetapi juga jika diserang sakit perut dan cirit birit. Kalau korang dah kena cirit birit lebih dari sehari, jangan lengah-lengah untuk berjumpa doktor.

Ada satu kejadian dimana seorang individu meninggal dunia akibat keracunan makanan dan cirit-birit, tapi mengambil alternatif berehat di rumah, dan akhirnya meninggal tanpa sedar.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment