ANGGARAN PESAKIT YANG MENGALAMI KEGAGALAN BUAH PINGGANG

ANGGARAN PESAKIT YANG MENGALAMI KEGAGALAN BUAH PINGGANG - Ada yang masih tidak mengambil berat tentang penyakit Kegagalan Buah Pinggang ini. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main wahai pembaca sekalian.

Jika rosak buah pinggang, organ dalaman yang lain juga ada potensi untuk rosak. Paling ketara adalah organ hati. Dinasihatkan korang jagalah diri dan buah pinggang masing-masing.

ANGGARAN PESAKIT YANG MENGALAMI KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Malaysia pernah menganggarkan seramai 2,300 pesakit baru dikesan mengidap Kegagalan Buah Pinggang setiap tahun. Sehingga 31 Disember 2004 pesakit yang mendapat rawatan dialisis berjumlah 11,544 orang. Ya Allah, korang bayangkan sekarang dah tahun 2018, dah berapa ramai masyarakat yang menghidap penyakit kronik ni.

Related Post :
PUNCA KEGAGALAN BUAH PINGGANG DI MALAYSIA
TANDA-TANDA KEROSAKAN BUAH PINGGANG


70% mendapat rawatan hemodialisis (cuci darah) manakala 30% lagi mendapat rawatan CAPD (cuci air) di rumah. Dinasihatkan untuk memilih CAPD sebagai rawatan pertama.

RELATED POST :


Kegagalan buah pinggang terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan :

● Peringkat (1) : Kerosakan Buah Pinggang dengan bacaan eGFR ≥ 90 mL / min / 1.73 m²

● Peringkat (2) : Kerosakan Buah Pinggang dengan bacaan eGFR 60-89 mL / min / 1.73 m²

● Peringkat (3) : Bacaan eGFR 15-29 mL / min / 1.73 m²

● Peringkat (4) : Bacaan eGFR 15-29 mL / min / 1.73 m²

Peringkat (5) (Akhir) : Bacaan eGFR ˂15 mL / min / 1.73 m² , memerlukan rawatan dialisis atau transplan (pemindahan buah pinggang)

GFR - Glomerular Filtration Rate

Kadar eGFR yang rendah menunjukkan bahawa pesakit mungkin berisiko mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik.

Yang tak pernah di-diagnose, mungkin tidak rasa apa-apa. Itu sebab berulangkali doktor pakar seperti Rafidah Abdullah, cuba untuk memberitahu bahawa jaga kesihatan buah pinggang sebaiknya. Sebab yang pernah merasainya saja yang tahu azab bila disahkan mengalami penyakit ini.

Ya, penyakit itu anugerah. Tapi manusia mana yang mahu sakit?

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment