DELIVERY NASI PADANG SEDAP RM SARIBU

DELIVERY NASI PADANG SEDAP RM SARIBU - Assalamualaikum wbt. Selamat mengundi korang. Aku ni daftar pun tidak, lepas tu tengok satu family aku beria mengundi, aku cemburu. Haha! Kenapa tak daftar? Sebab aku not into politic. Boleh guna alasan tu? Aku busy dengan sakit dan emosi aku je, langsung tak fikir masalah negara. Bila nak masuk 3 series ni lah baru rasa macam ada semangat. Nanti la aku daftar ye?

Aku sebenarnya nak cerita pasal delivery nasi padang sedap RM Saribu. Aku ni memang peminat nasi padang. Tapi korang pun tahu nasi padang ni mahal. Lepas tu haritu aku pergi makan nasi padang dekat restoran X, mahal nak mati pakej tak sedap ! Dan sejak itu aku insaf nak pergi makan nasi padang. Last aku makan sedap dengan Nasi Padang Pelita. Tapi aku macam dah tak jumpa kedai tu.

DELIVERY NASI PADANG SEDAP RM SARIBU

Semalam sebenarnya aku teringin sangat nak makan Nasi Daging Bakar Air Asam, tapi macam tak ada je. Aku masuk group Cheras & Ampang Food Delivery , lepas tu ada insan yang post perniagaan dia. Aku tengok menu, aku teruja bila nampak NASI PADANG !

Mata aku tersasar pada menu Gulai Tunjang. Pakej sekali dengan pucuk ubi kayu, sambal hijau dan sambal balado. Aku terliur masa tu. Aku terus contact nombor whatsapp yang ada pada komen tu. Ehh kemain peramah orang yang melayan aku dalam Whatsapp tu. Aku tak sure dia owner atau apa, yang pasti dia punya ramah tu aku suka.

Berbalik pada cerita tadi, so after setengah jam aku fikir, aku buat keputusan untuk order Set Gulai Tunjang yang berharga RM14.90. Asalnya harga set ini RM17.90. Banyak juga potongan kan? Alhamdulillah moga owner sentiasa dilimpahi rezeki.



Inilah yang aku dapat dalam satu bekas tu. Aku macam tak boleh move on dengan gulai tunjang dia yang sedap, Actually, semua gulai di dapur RM Saribu, alhamdulillah memang sedap. Bukan aku je cakap macam ni, ramai orang akui perkara yang sama

Nasi banyak, sambal banyak, pucuk ubi pun banyak, gulai tunjang ada rasa, dan isi besar. Apa lagi kau nak? Benda sedap, makan je la.

Selain itu, mereka ada Set Daging Dendeng Balado, Set Daging Cincang, Set Rendang Daging, Set Gulai Ayam, Set Ayam Bakar, Set Ikan Balado, Set Asam Pedas dan Set Ayam Balakak. Ayam Balakak tu aku tak tahu apa benda.

Tuan suami order Lontong Medan Special yang berharga RM8.00 . Special sebab ada bergedil. Semalam tuan suami makan sejuk-sejuk so kurang kaw cuma kuah dia ada rasa la. Lontong kena makan panas-panas baru jadi.

TOTAL :
SET NASI PADANG GULAI TUNJANG - RM14.90
LONTONG MEDAN SPECIAL - RM 8.00
DELIVERY CHARGES - RM 8.00

Subtotal = RM 30.90

Okay ke tak okay? Kenapa delivery charge mahal? Sebab kedai dia dekat Sri Rampai, hantar ke Ampang. Bagi aku berbaloi la, servis pun cepat. Aku tak payah tunggu lama pun, tiba-tiba je dia call nak dekat sampai. Dan makanan sedap, aku makan sampai licin.

MAKLUMAT LANJUT
Whatsapp : http://wasap.my/601127012354
Alamat : 35, Jalan 46B/26, Rampai Town Centre, Setapak

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment