PEMBEDAHAN BUANG PARATIROID DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

PEMBEDAHAN BUANG PARATIROID DI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Dah dua minggu tak update blog sebab aku masih dalam proses pemulihan. 18 May 2018, aku telah menjalani pembedahan buang paratiroid di Hospital Kuala Lumpur.

Inilah kali pertama aku tidak ditemani sesiapa dan aku terpaksa berdikari. Tuan Suami sakit, Mama pula tak dapat cuti. Well, bukan susah sangat pun masuk wad sendiri cuma aku dah biasa dimanjakan maka aku rasa kekok sangat pada awalnya.

Aku sedih sebab hari aku masuk wad adalah hari yang sama ulangtahun tuan suami. Tuhan saja yang tahu perasaan berbelah bagi aku masa tu.

PEMBEDAHAN BUANG PARATIROID DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

So, aku masuk wad UN2A Institut Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur. Sebelum pergi, bukan main dramatik lagi aku dengan tuan suami. Dia menangis, aku menangis juga. Ibarat itulah kali terakhir kami berjumpa. Aku memang lost down lost hope masa tu sebab tuan suami tak ada di sisi aku. 5 tahun selalunya apa perkara pun aku buat mesti ada dia. Plus sebab birthday dia kan haritu, memang emosi kami berdua.

Disebabkan tuan suami sakit, Abah yang banyak tolong aku. Abah yang bawa aku pergi hospital dan handle transport untuk aku.

Hari pertama agak kacau bilau juga. Aku perlu ambil surat dekat Klinik Nefrologi sebelum masuk wad. Lepas tu pergi daftar dekat Unit Kecemasan, seterusnya baru masuk wad. Masuk wad je aku jadi blur kejap sebab tak kenal orang kiri kanan. Hari pertama aku agak suram.

Malam tu Qilla cakap nak hantar stok makanan sebab aku tak bawa apapun melainkan baju. Tapi sebab lambat, Qilla hold dulu. Aku pun tak berharap sangat, sebab Qilla dari Rawang kot, takkan aku nak susahkan dia.

PEMBEDAHAN BUANG PARATIROID DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Hari pertama, 16 May 2018 : Medical Officer yang cucuk branula ni dekat tangan aku. Dia pun panik sebab urat aku bersimpang siur, susah nak masuk jarum. Lepas tu ambil darah. Aku diberi 6 biji ubat kalsium untuk dikunyah, dimana selama ini kalau dekat rumah aku telan je. Tapi sebab takde air untuk diminum, aku redha mengunyah ubat tu. Nak muntah pun ya. Kalau dekat Unit Nefrologi ni jangan harap dapat minum air sebotol, dia bagi air setengah cawan kecil je tau.

Hari kedua, 17 May 2018 : Qilla pagi-pagi dah whatsapp aku, tunjuk dia pergi shopping barang makanan aku. Lepas aku aku sempat lah jumpa Qilla kejap walaupun keadaan aku serabai gila masa tu. Punyalah baik kawan aku yang bernama Shaqilla Ghazali ni, sanggup datang dari Rawang demi hantar stok makan untuk aku. Thanks darling!

Dalam hari yang sama, aku kena pergi X-Ray dan jumpa Pakar Bedah dulu untuk scan paratiroid aku. Entah berapa kali buat scan ni tak tahu lah sebab sebelum ni dah buat dah. Lepas tu, balik ke wad. Excited aku sebab Mama datang kejap. Imagine Mama tengah kerja, pejabat kat Rawang, tapi lari kejap ke HKL sebab nak jenguk aku. Mama belikan aku nasi tapi aku masuk angin, tak lalu nak makan.

Lepas tu, pergi dialisis. Dekat Unit Dialisis aku jadi pening sebab ramai pakcik makcik yang urea tinggi which is, kalau urea tinggi, diorang suka cakap merapu. Aku terpaksa pekakkan telinga. Dah la emosi tak stabil masa tu.

PEMBEDAHAN BUANG PARATIROID DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Hari ketiga, 18 May 2018 : Pagi-pagi Staff Nurse dah kejutkan aku dari tidur. Ngam-ngam pukul 6:00 pagi, dia dah suruh aku mandi dan tukar baju. Aku terus Whatsapp Mama dengan harapan Mama sampai sebelum aku masuk bilik bedah.

Tapi Allah SWT sebaik-baik perancang, dan bagi pengalaman 'berseorangan' pada aku. Jujur aku ralat  sebab sampai ditolak ke bilik bedah, aku tak nampak wajah Mama. Aku sedih tau tapi buat-buat cool aje. Mama pun ralat juga sebab Mama dah sampai luar bilik bedah, tapi tak dibenarkan masuk untuk jumpa aku walau sekejap. Wehhh taip ni pun dah rasa touching.

Masuk dalam bilik bedah, boleh pula rasa cramp perut masa nak transfer katil. Lepas tu doktor ambil masa kejap interview aku serba sikit. Lepas tu doktor suruh aku baring, dia sapu-sapu tangan aku sebelum masukkan ubat bius. Dia suruh aku zikir dan aku keep on zikir Nabi Yunus " Laillahailla anta subhana inni kuntu minal zolimin " .. Aku dipakaikan mask oksigen dan lepas tu gelap gelita dunia aku.

PEMBEDAHAN BUANG PARATIROID DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Celik mata, aku still continue dengan zikir Nabi Yunus dan aku tak sedar yang pembedahan sudah tamat. Jangkamasa pembedahan aku tu makan masa 4 jam dan selama 4 jam itulah Mama setia menunggu di luar bilik bedah. Touching lagi.

Dalam aku mamai-mamai dan ditolak untuk kembali ke wad, aku nampak bayang Mama dan suara Mama. Mama usap kepala aku dan cium ubun-ubun aku. Korang imagine perasaan seorang anak yang sangat dahagakan kasih ibu ketika itu? Aku rasa tenang sangat.

Masa aku mamai dan aku dah mula rasa tekak aku perit. Aku masih tak sedar ada tiub dekat leher aku tu. Tiub tu sebagai drain tube, which is tiub untuk keluarkan lebihan-lebihan darah yang ada lah. Peha aku juga dimasukkan tiub untuk dimasukkan ubat kalsium dalam darah aku. Ubat tu agak panas tau.

PEMBEDAHAN BUANG PARATIROID DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Then Mama minta Abah belikan bubur dan aiskrim Mc'D tapi aku tak boleh telan. Aiskrim manis Ya Ampunnnn... bubur pula aku memang tak boleh hadap. Rasa berat je tekak aku ni. Aku makan, termuntah balik.

Tiba-tiba sakit perut, terpaksa buang dalam potty. Itupun aku tak selesa. Aku request nak pergi tandas. Mama lah yang handle aku haritu. Mama yang tolong basuh private part aku depan belakang. Kasih seorang ibu kan? Malam tu Mama tidur wad sebab jaga aku. Kesian aku tengok Mama tidur dekat kerusi malas tapi macam tak selesa je kerusi tu.

PEMBEDAHAN BUANG PARATIROID DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Selepas pembedahan, aku kehilangan kalsium dan potassium. Untuk monitor, aku perlu diambil darah selang 4 jam. Kau bayangkan selang 4 jam je ambil darah. Pukul 10am/10pm / 2am/2pm / 6am/6pm . Naik kematu dah tangan ni asyik kena cucuk. Lastly aku minta Mama nak minum susu, bagi naik kalsium aku.

Hari keempat, 19 May 2018 : Aku kena pergi dialisis dimana pada awalnya staff taknak buat sebab blood pressure aku rendah. Tapi aku dah cakap, blood pressure aku tu memang normal macam tu, baru diorang tolak aku ke Unit Dialisis. Pagi tu Mama balik kejap sebab nak masakkan aku sup ikan haruan, lepas tu Mama datang balik. Penatnya Mama Abah ulang alik dari Rawang ke HKL. Sedih tau.

Masa dialisis, Mama suap aku makan sup ikan haruan dengan bubur. Tekak masih tak boleh terima tapi paksa juga lah untuk makan. Lepas beberapa ketika, aku muntah. 3-4 kali juga aku muntah sampai aku request untuk stop dialisis, aku tak larat. Masa ni biras aku Sheila pun ada datang ziarah.

PEMBEDAHAN BUANG PARATIROID DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Hari kelima, 20 May 2018 : Aku nampak Mama mula letih dan asyik tidur. Hari Sabtu dan Ahad, Mama tidur berlapikkan tikar di atas lantai. Aku nak je ajak Mama tidur sebelah aku tapi apa daya kiri kanan aku ada tiub. Aku perati je Mama tidur, perasaan aku mula sebak. Insan inilah yang pernah aku sakiti hatinya, tapi dia tegar menjaga aku :(

Hari keenam, 21 May 2018 : Tiub di peha dan di leher aku sudah dicabut. Mama akhirnya tidur di rumah. Aku lega sikit bila Mama balik rumah, at least aku tahu Mama tidur selesa. Tak sanggup aku tengok Mama tidur berlapik tikar di atas lantai. Mama dah lah tak sihat dan hanya survive dengan satu buah pinggang je.

Malam tu, aku ditolak ke Unit Dialisis, sebab esoknya aku dah boleh discharge. Blood pressure aku okay, tapi hal lain pula jadi. Aku loya-loya tekak dan start berpeluh. Staff Nurse check aku punya gula, terlalu rendah. Aku dah macam orang tak siuman. Aku nampak staff mula panik. Akhirnya aku dimasukkan glukos. Muntah jangan cerita lah, berapa kali aku muntah sampai tak keluar apa dah. Dah masuk glukos dengan air, aku tertidur. Sedar-sedar dah habis dialisis.

Hari ketujuh, 22 May 2018 : Akhirnya aku boleh keluar wad tapi kemain lama nak tunggu surat dengan ubat. Doktor kata pagi dah boleh discharge, tapi nak dekat petang juga baru betul-betul boleh keluar wad. Kesian Mama, aku nampak muka dia letih sangat-sangat-sangat.

PEMBEDAHAN BUANG PARATIROID DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Aku duduk seminggu dekat Rawang sebab Mama nak monitor aku. Abah yang tolong hantar aku ulang alik dialisis dari Rawang ke Ampang. Pakej tunggu aku habis dialisis. Sepanjang perjalanan aku berdoa tuan suami sembuh supaya aku tak perlu susahkan Mama dan Abah.

Terima kasih Abah dan Mama dah banyak berkorban walaupun Fiqah sudah berkahwin. Doaku agar Abah dan Mama dimasukkan ke syurga tanpa hisab. Ameen ameen Ya Rabbal A'lameen. InsyaAllah.

Apapun, alhamdulillah, paratiroid aku sudah dibuang 4 biji kesemuanya, doakan moga aku makin sihat selepas ini. Terima kasih.

The writers,
Tunsha Ayunie

4 comments:

  1. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan...Semoga akak bertambah sihat ya <3

    ReplyDelete
  2. Allahu... Semoga auni cepat sihat...

    ReplyDelete
  3. May you get well soon, Kak Auni! You must stay strong together with your husband :)

    Sincerely wishes from MissJasJas

    ReplyDelete
  4. Alhamdullillah, semoga auni, tuan suami, mak dan ayah auni sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati allah swt. Salam nuzul quran utk auni sekeluarga

    ReplyDelete