RESEPI COKLAT DELIMA MUDAH DAN SEDAP

RESEPI COKLAT DELIMA MUDAH DAN SEDAP - Untuk korang yang bosan dengan coklat yang biasa, kenapa tak cuba buat coklat delima? Inovasikan buah delima selain dibuat jus atau makan macam tu je. Sedap pun sedap. Ada elemen pahit, manis dan masam. Aduh... Sedap sungguh !

Antara kebaikan coklat adalah dapat menghilangkan stress, tingkatkan aliran darah, dan melindungi kulit. Delima pula dapat mencegah penyakit jantung, mengurangkan kolestrol dan mempunyai banyak sumber nutrisi yang penting.

Korang boleh dapat banyak khasiat dari dua sumber makanan ini kan? Jom aku share resepi coklat delima mudah dan sedap ini khas untuk pembaca.

RESEPI COKLAT DELIMA MUDAH DAN SEDAP
Sumber : Google
RESEPI COKLAT DELIMA
Bahan-bahan :
1 biji buah delima - dikeluarkan isi
1 mangkuk cip coklat
1 sudu besar minyak sayuran (minyak biasa pun boleh)
kekacang - ikut suka lah nak letak walnut ke ape, taknak letak pun ok je

Cara-cara :
Campurkan minyak ke dalam cip coklat dan cairkan menggunakan microwave. Kalau tak ada microwave, boleh guna kaedah double boiling. Campurkan isi buah delima, kekacang dan coklat tadi. Buat dengan pantas ye.

Kemudian, isi dalam bekas bercorak (ataupun bekas kiub ais), dan keraskan di dalam peti sejuk. Dah keras tu korang boleh lah makan depan TV ke apa ke.

Senang kan? Budak-budak pun boleh buat. Ini bukan budak je suka, mak budak pun suka juga. Korang boleh je tukar buah delima dengan buah lain. Ini kira resepi untuk korang yang rajin dan teringin nak makan benda 'sweet-sweet' gitu. Selamat mencuba.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment