RESEPI CUCUR JINTAN DAN UDANG KERING (KALAKETE)

RESEPI CUCUR JINTAN DAN UDANG KERING (KALAKETE) - Cucur ni asalnya cucur india, tapi diinovasikan oleh moyang aku. Adik-adik aku tak pandai makan tapi aku suka. Resepi aku share ni adalah resepi custom-made dari aku, sebab aku tak sempat tanya Mama resepi yang proper. 

Cucur jintan dan udang kering ini kami panggil Kalaketĕ. Sedap dimakan dengan sos yang juga di-inovasikan. Nanti aku kongsi ye? Apapun resepi aku bagi ni tak ada sukatan tetap. Maaf didahulukan. Yang pasti, kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menu yang nampak remeh ini.

RESEPI CUCUR JINTAN DAN UDANG KERING (KALAKETE)

RESEPI CUCUR JINTAN DAN UDANG KERING (KALAKETE)
Bahan-bahan cucur :
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil kunyit
3 sudu besar udang kering - kisar kasar
2 sudu besar jintan manis @ jintan putih - kisar kasar
Sedikit garam
Air panas secukupnya

Cara-cara :
Tepung dicampurkan dengan kunyit, udang kering, jintan dan garam. Sebatikan bahan-bahan tadi dan masukkan air panas sedikit demi sedikit. Bancuhan mestilah pekat (lembik sikit dari doh, jangan terlalu cair). Setelah semua sebati, perapkan semalaman.

Panaskan minyak. Sapu tangan dengan sedikit minyak atau air. Kemudian gentel tepung tadi bulat-bulat memanjang. Goreng dengan api yang perlahan. Biarkan sehingga coklat kekuningan. Tos dan hidangkan.

Bahan-bahan sos :
Sotong kering - rendam dan kisar
Serbuk cili
Asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Sotong kering direndam hingga kembang dan dikisar dengan air. Toskan bahan kisar tadi dan masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan serbuk cili. Masak dengan api yang perlahan dan kacau sentiasa. Kemudian masukkan asam jawa, gula dan garam secukupnya.

Rasa sos ni ada masam-masam sikit, pedas-pedas sikit dan manis sikit. Manis tak ketara pun. Yang pasti sedap. Sos ni kena masak lama, baru serbuk cili masak dengan betul. Tu sebab aku kata, kesabaran perlu tinggi. Makin lama sos dimasak, makin sedap.

Tekstur cucur ini macam liat-liat sikit. Asalnya cucur ini dimakan bersama rojak pasembor. Tapi arwah moyang buat makan gitu aje. Selamat mencuba ya?

The writer,
Tunsha Ayunie

7 comments:

  1. First time dengar cucur jintan ni..wahh mcm sedap jer.tq for share recipe

    ReplyDelete
  2. uitt sedapnyer tu Auni..akak petang tadi buat cucur pisang..sekali hadap jer dah langsai..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii sedapnya cucur pisang. Cicah sambal kicap best jugak.

      Delete
  3. Rajinnnya kak Onni memasak. Sedap eh, takleh bayang rasa dia sebab tak pernah rasa. Adakah pedas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos dia pedas geli-geli je. Cucur dia sedap !

      Delete
  4. uniknyaaaa tak pernah tahu....

    ReplyDelete