RESEPI DAGING BAKAR ALA THAI BERSAMA SOS PEDAS

RESEPI DAGING BAKAR ALA THAI BERSAMA SOS PEDAS - Morning korang. Aku dah lama teringin nak makan daging bakar. Entahlah, aku bukan peminat daging tapi lately memang asyik rasa nak makan daging bakar, cuma masih belum dapat hilangkan kempunan aku.

Aku dah lama simpan resepu daging bakar ala thai ni tapi masih tak ada kesempatan nak buat. So aku nak abadikan resepi ni dalam blog aku dulu. Yela, screenshot lama-lama boleh hilang kan? So next time aku nak buat, aku boleh refer blog sendiri je. By the way, daging bakar ala thai ini dikenali sebagai daging harimau menangis.

SUMBER : https://www.seriouseats.com
RESEPI DAGING BAKAR ALA THAI BERSAMA SOS PEDAS
Bahan-bahan :
Daging yang mengandungi lemak - cucuk-cucuk daging dengan garfu
Gula perang
Sos ikan
Sos tiram
Minyak masak
Lada hitam

Cara-cara :
Perapkan daging bersama semua bahan di atas. Ya, tak ada sukatan untuk resepi ini. Agak-agak saja ya? Selepas itu, perap daging lebih kurang 1 jam atau lebih. Biasanya lagi lama lagi sedap kan?

Selepas itu, boleh bakar daging di dalam oven atau panggang atas pan. Daging ni sedap kalau setengah masak. Tapi terpulanglah korang nak masak berapa lama..

Bahan-bahan sos daging bakar :
Sos ikan
Air asam jawa
Jus limau nipis
Gula kabung
Serbuk cili thai - boleh guna cili padi hiris halus
Bawang merah - dihiris nipis
Beras sangai - ditumbuk/dikisar halus
Daun ketumbar - hiris halus

Cara-cara :
Masukkan beras ke dalam lesung dan masukkan gula kabung. Tumbuk halus dan seterusnya masukkan bawang dan cili. Lenyek bahan-bahan ini hingga sekata dan masukkan sos ikan, air asam jawa, dan jus limau nipis. Sebatikan semua bahan dan bolehlah masukkan daun ketumbar.

Terliur pula sambil taip resepi ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Aku lupa dari mana sumber asal resepi ini, tapi moga bermanfaat untuk korang.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment: