RESEPI DELIMA DAN PIR HERBA

RESEPI DELIMA DAN PIR HERBA - Bulan puasa dah nak dekat. Untuk korang yang malas makan nasi, boleh cuba makan buah-buahan. Resepi delima dan pir herba ini mengenyangkan dan sedap. Buah pir sendiri kaya dengan serat.

Buah pir mengandungi bahan 'Anti radikal bebas' seperti unsur vitamin C, vitamin K dan tembaga dimana semuanya adalah bermanfaat untuk melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan manusia. Buah delima pula memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

RESEPI DELIMA DAN PIR HERBA

RESEPI DELIMA DAN PIR HERBA
Bahan-bahan :
3 biji buah pir - buang kulit dan potong wedges
1 biji buah delima - ambil isi
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh serbuk pala
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu besar badan cincang
Daun pudina untuk hiasan

Cara-cara :
Gaulkan semua bahan dan hidang. Sedap dimakan sejuk. Boleh dimakan ketika sahur.

Senang kan? Aku saja share sebab aku suka juga makan buah yang ada elemen serbuk pala dan serbuk kayu manis ni. 

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment