RESEPI IKAN BAWAL YANG SEDAP

RESEPI IKAN BAWAL YANG SEDAP - Selamat petang semua. Aku harini lalok sikit sebab hypo masa lepas dialisis tadi. Lepas tu kena depress attacked so aku memang jadi macam tak betul. So oleh sebab mood aku agak stabil sekarang ni, aku nak kongsi resepi ikan bawal yang sedap. Simple sangat, semua orang boleh buat, cuma perlu ada kerajinan sikit la.

RESEPI IKAN BAWAL YANG SEDAP

Ikan bawal ni aku makan masa balik rumah Mama kat Rawang semalam. Mama masak sambal tempoyak petai, kambing goreng dengan ikan bawal ni lah. Tak ada nama spesifik so aku anggap ianya sebagai ikan bawal yang sedap. Sebab memang sedap pun.

Apa yang korang perlu ada, hanya seekor ikan bawal saiz besar, bawang merah dihiris halus,cili kering dan kicap manis. Pastinya korang kena ada minyak untuk menggoreng.

Goreng ikan dah ketepikan. Goreng cili kering dan toskan, tabur atas ikan. Goreng bawang yang dihiris hingga garing dan toskan minyak, tabur juga atas ikan. Siram dengan kicap.

Dah boleh makan selepas itu. Senang kan? Memang senang pun. Aku dengan adik ipar berlumba makan ikan ni semalam. Berebut juga ambil bawang goreng tu. Lauk yang simple macam ni boleh bertambah nasi uolssss. Selamat mencuba ya :)

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment