RISIKO PADA MEREKA YANG BAKAL DISERANG PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG

RISIKO PADA MEREKA YANG BAKAL DISERANG PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG - Ramai yang tidak tahu, sesiapa saja berisiko untuk mendapat penyakit ini. Jika dulu, pesakit buah pinggang lebih ramai orang tua berbanding yang muda, sekarang ini berbeza. Dan mungkin peratus golongan tua dan muda yang menghidapi penyakit ini adalah sama. Jadi aku terpanggil untuk share risiko pada mereka yang bakal diserang penyakit kegagalan buah pinggang.


Mohon sangat korang ambil berat tentang diri sendiri dan orang sekeliling. Aku juga mohon korang jauhi anak-anak daripada makan junkfood yang tinggi kandungan MSG dan garam. Aku dulu kecil-kecil dan ada darah tinggi.

RISIKO PADA MEREKA YANG BAKAL DISERANG PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG

ANTARA FAKTOR DAN RISIKO MENGAPA MANUSIA MENGHIDAPI PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG

● Kencing manis (diabetes)
● Tekanan darah tinggi
● Pengidap serangan jantung
● Perokok
● Obesiti
● Kencing mengandungi darah dan protein
● Mempunyai sebelah buah pinggang 
● Kalau kencing korang mengandungi darah dan protein.
● Pengidap penyakit sistem keimunan seperti - Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)
● Kerap sangat ambil ubat tahan sakit dan herba
● Sejarah keluarga

Walaupun herba itu bahan semulajadi, ada ketika buah pinggang tidak dapat menapis sisa toksik yang dikumpul dalam badan semasa kita mengamalkan herba itu. Bukanlah tidak boleh langsung tapi ambil apa jenis ubat sekalipun, haruslah berpada-pada ya? Moga bermanfaat.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment