SELAMAT KEMBALI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

SELAMAT KEMBALI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD - Satu Malaysia rasanya sujud syukur tatkala Bapa Permodenan Malaysia, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri yang ke-7, setelah 15 tahun meninggalkan pentas politik. Inilah khabar paling gembira rakyat di Malaysia.

SELAMAT KEMBALI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Berapa tahun dah Malaysia menunggu pemimpin yang berkaliber dan menyenangkan hati dan kehidupan rakyat. Aku, bukanlah manusia atau rakyat yang menjerumuskan diri dalam politik atau seorang yang mengambil tahu, tapi jika berkaitan Tun M, aku obses.

Zaman pemerintahan beliau, negara membangun. Rakyat mendepang dada, memberitahu pelancong, "Kami rakyat Malaysia". Siapa yang tak kenal Tun M? Petik saja, satu dunia mengenali beliau. Siapa yang menyokong disebalik kejayaan beliau? Sudah tentu isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah.

SELAMAT KEMBALI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Sebenarnya sebagai rakyat, aku sedih melihat Tun Mahathir. Di usianya yang mengjangkau 93 tahun, sepatutnya tempat beliau di rumah bersama isteri dan keluarga. Namun kerana terlalu menyayangi rakyat, beliau kembali. Dan aku harap, semuanya akan stabil, sama seperti zaman pemerintahan beliau terdahulu.

SELAMAT KEMBALI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Saat paling mendebarkan rakyat Malaysia,
ketika Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7

Terima kasih Tun Dr Siti Hasmah yang sudi meminjamkan kembali Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat. Kami sedih sebenarnya, tapi kami terpaksa. Di zaman pemerintahan Tun Mahathir, kami adalah rakyat Malaysia yang bangga. Harap sangat Malaysia akan disegani dan dihormati semula.

Moga Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah sentiasa dilimpahi rahmat dan kesihatan yang baik serta berpanjangan.  Kami sebagai rakyat, amat menyayangi dan menyanjungi kalian.

Mari sama-sama doakan Malaysia kembali aman makmur dan berpegang pada prinsip Malaysia Masih Aman. Dan aku harap ianya kenyataan sampai bila-bila. Selamat kembali Tun Mahathir. Jasamu dikenang hingga akhir hayat.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment: