ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 29

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 29 - Mona menyerahkan geran tanah pada Melissa yang Datin Halimah bagi pada dia. Mona buat macam tu bersebab, sebab dia nak Tuan Mazlan dengan Melissa terhutang budi dengan dia. Tuan Mazlan memang dah terhutang budi dengan Mona pun. Sebagai ganjaran, Mona dinaikkan pangkat sebagai Pengurus. Masa ni memang Mona berlagak gila.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 29

Di dalam bilik mesyuarat, Melissa hampir dilucutkan jawatan tapi disebabkan geran tu dah ada pada Melissa, maka rancangan perlucutan jawatan tu dibatalkan.


Mona meminta Chef Adam masak sedap-sedap sebab Mona nak buat kejutan pada seseorang. Chef Adam assume yang kejutan tu untuk Melissa, tapi sebenarnya tidak. Johan pun sangka yang Melissa yang nak buat kejutan pada dia, tapi lepas tu dia terkejut tiba-tiba Mona yang muncul. Haa suspen tak?


So Melissa pergi la bilik yang Mona dah booking tu. Lepas tu Johan beria ajak Melissa makan kat luar. Melissa mula rasa sesuatu. Puas Melissa desak Johan, tapi well.. takkan Johan nak mengaku kan? Chef Adam pula dapat tahu tentang hubungan antara Johan dan Mona. Dia cuba bagitahu Melissa tapi tak sampai hati.

Chef Adam yang menganggap Melissa kawan baik dia, mula marah Johan sebab mempermainkan Melissa. Johan ni dengan dia punya berlagak la. Dia buat tak endah je dengan Chef Adam. Dalam masa yang sama, dia risau rahsia dia bocor dan diketahui Melissa. Padahal Melissa ni memang dah rasa Johan ni lain sangat dah.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment