ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 30

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 30 - Tuan Mazlan ingin memutuskan hubungan Melissa dengan Johan tapi Melissa berkeras untuk mengekalkan hubungan dia dengan Johan. Aku pun confused, haritu rasa syak wasangka, kali ni nak pertahankan pula. Tuan Mazlan memang nak Melissa kahwin dengan anak kawan dia. Menjamin masa depan katanya.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 30

Johan ajak Melissa jumpa Mak Milah dengan Pak Hashim depan Chef Adam. Konon nak bagi Chef Adam cemburu la. Melissa pula yang rasa tak best bila Johan buat macam tu.


Ramona pula tiba-tiba melampau dia punya berlagak. Dia nak semua orang hormat dia sebagai Pengurus. Part paling best bila Melissa rasa sesuatu tentang Mona, bila dia terhidu bau perfume Mona. Dia tanya la Mona pernah masuk tak bilik yang Johan masuk tu, tapi macam biasa la Mona mesti nak ubah-ubah cerita. Kali ni Melissa macam tak bendul sangat.

Melissa mula siasat. Dia mengadu pada Chef Adam yang dia rasa ditipu Mona. Chef Adam mula menasihati Melissa bahawa jangan percaya orang yang rapat dengan dia. Sebab yang rapat itu la yang selalu ambil kesempatan.


Puan Marlia pula sudah tahu yang Faruq bersetongkol dengan Mona dalam kes pembunuhan Khalid (ayah tiri Mona). Mona mula rasa terganggu dengan peel Puan Marlia.

Melissa dah mula layan acuh tak acuh je si Mona ni. Dia memang dah mula rasa sesuatu sangat bila dia dapat tahu Mona menipu. Mona tak kisah Johan kahwin dengan Melissa, tapi dengan syarat Johan takkan tinggalkan dia. Mona tahu Johan nak Melissa pasal harta je.


Melissa macam terkejut gila bila dapat tahu Mak Milah tu mak kepada Johan. Macam pelik je sebab Pak Hashim dengan Mak Milah ni kan bekerja dengan family Melissa dari Melissa kecil tapi Melissa tak tahu apa-apa.

Tapi kan, Melissa terpaksa jumpa Pak Hashim dengan Mak Milah seorang diri je sebab tiba-tiba Mona call Johan ajak jumpa. Mona kata dia dah mengandung 3 bulan. Johan macam gelabah la kan? Betul ke Mona mengandung? Kita tengok episod yang seterusnya nanti ye?

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment