ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 35

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 35 - Melissa masih bersedih atas pemergian Puan Marlia. Dalam masa yang sama, Melissa jadi tak puas hati sebab dia nak tahu apa punca Puan Marlia mati. Yang pasti, dia tahu yang Puan Marlia ditolak.


Oleh sebab tak puas hati, Melissa nak buka semula kes kematian Puan Marlia tu. Yang Ramona jadi tak best lah kan, tapi biasa laaa Mona dia suka buat-buat cool je supaya orang tak syak dia apa-apa.

Afif yang dah mula sayangkan Melina, bawa balik Melina ke rumah dia. Tapi Mak Milah tak suka. Sejak majikan dia meninggal, terus berubah perwatakan Mak Milah ni, dia jadi semakin selfish. Padahal Melina tu anak majikan dia, apa salahnya dia jaga Melina kejap kan? Ish sakit hati pulak dengan Mak Milah ni.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 35

Untuk episod kali ini, Encik Zainal, Puan Halimah, Mona dan Johan ingin menjatuhkan keluarga Tuan Mazlan dan Melissa. Kesian Johan, dia dijadikan kambing hitam demi membalas dendam Encik Zainal dan Puan Halimah. Tapi Johan tak tahu dia dipergunakan je. Tu laa, nak buat jahat kat orang, orang buat jahat dulu pada kau, padan muka.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 35

Mona pula telah menyerahkan segala bukti-bukti yang membuktikan Tuan Mazlan bersalah kerana menyeleweng duit syarikat. Sebagai balasan, Mona menuntut banglo kepunyaan Tuan Mazlan. Aku tak tahu kenapa aku lebih suka dengan watak Mona yang macam hati kering sangat ni.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 35

Chef Adam macam dapat agak semua yang terjadi ada kena mengena dengan neneknya, Puan Halimah. Bila Chef Adam tanya Puan Halimah, Puan Halimah terus melenting. Melissa pula tak putus asa untuk siasat apa punca Puan Marlia meninggal. Dia tanya dimana Mona ketika kejadian. Mona cakap Johan hantar dia outstation. Tiba-tiba petik nama Johan. Lepas tu boleh pulak Johan iyakan je apa yang Mona cakap tu walaupun tak betul.

Walaupun Johan iyakan je, tapi Melissa tetap tak percaya. Haaa kali ni Melissa jadi bijak sikit lah berbanding biasa. 

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 35

Cuma Melissa ni tak berapa bijak. Dia main cara 'baik', so mendapat lah. Ada ke dia suruh Mona mengaku yang dia ada kena mengena dalam kemalangan Puan Marlia. Kalau aku pun aku taknak mengaku. Lastly, Mona cekik dia sebab dia paksa-paksa Mona. Macam biasa, Chef  Adam jadi hero.

Tuan Mazlan akhirnya kena tangkap dengan SPRM atas kes pecah amanah. Akhirnya dia pun mengaku pada Melissa. Melissa yang tak ada siapa-siapa tetap memaafkan Tuan Mazlan walaupun dia kesal atas apa yang Tuan Mazlan buat. Melissa dan Tuan Mazlan pelik, macam mana dokumen tu boleh terlepas ke luar. Jengggg jenggg jenggg...

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 35

Johan dah mula menjauhi Melissa. Yang Melissa ni masih menagih simpati Johan padahal Johan dah bergembira dengan Mona. Kesian Melissa, tu laaa siapa suruh slow sangat. Dengar-dengar Melissa akan dilucutkan jawatan? Nanti kita tengok next episode ye?

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. tak tgk pulak episod ni..hai saya rabia done follow blog akak

    ReplyDelete