ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 36

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 36 - Chef Adam dengan Puan Halimah bergaduh. Chef Adam taknak berdendam tapi Puan Halimah ni masih berdendam atas apa Tuan Mazlan buat pada anak dia. Chef Adam puas pujuk Puan Halimah untuk tidak berdendam tapi Puan Halimah tak endah. 

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 36

Chef Adam juga mendesak supaya Puan Halimah mengaku bahawa dia yang merancang menjatuhkan keluarga Tuan Mazlan dan Melissa. Akhirnya Puan Halimah mengaku dan menyuruh Chef Adam jangan rapat dengan Melissa.

Encik Zainal masih pergunakan Johan dan Johan pula rasa dia akan mendapatkan kerja dia kembali. Dia masih tak sedar dia hanya dipergunakan. Dalam pada itu, Encik Zainal ingin memberi jawatan Naib Presiden itu kepada Mona.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 36

Tuan Mazlan dipecat begitu juga dengan Melissa. Melissa dipecat atas alasan tidak pandai menjalankan tanggungjawab dan menggunakan orang lain untuk selamatkan jawatan dia. Yang best adalah Mona, dia buat muka kesian dan bagitahu Encik Zainal konon dia yang korbankan nyawa untuk mendapatkan geran tu.

Melissa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, dia terus down. Dia jumpa Tuan Mazlan dan bagitahu dia dah tak kuat. Dah la jawatan ditarik, kad kredit dibekukan dan rumah pulak disita. Akhirnya Melissa dan Melina hanya tinggal di rumah kedai.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 36

Melissa dipanggil ke pejabat dan dia terkejut bila melihat Naib Presiden yang baru, iaitu Ramona. Ramona memang makin berlagak la sekarang. Dengan semua pekerja pun dia berlagak juga. Melissa tak boleh terima bila Ramona merampas jawatannya. Melissa berniat ingin membalas dendam.


Episod akan datang, Melissa akan kerja di dapur Chef Adam. Ramona macam tak puas hati je. Lepas ni mungkin Melissa jadi bijak banyak. Nanti aku update lagi ye? Terlambat pulak.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment