ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 37

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 37 - Cik Rogayah gembira sangat sebab Mona dah naik pangkat sebagai 'Rice President' katanya. Haha! Kelakar tau Cik Rogayah ni. Dan disebabkan Mona dah naik pangkat, Cik Rogayah ni mula berlagak macam orang 'have-have'.


Chef Adam bawa diri dan berpindah rumah sebab dia bengang dengan Puan Halimah. Puan Halimah kan berdendam dengan Tuan Mazlan punya keluarga tak habis-habis. Puan Halimah lebih sanggup naikkan pangkat Mona yang tak ada kena mengena dengan dia.


Chef Adam jadi tak puas hati dengan perlantikan Mona. Yela siapa yang puas hati, tiba-tiba je naik pangkat padahal bukan buat kerja sangat. Boleh kata, si Mona ni dah berlagak dengan semua orang dalam hotel. Dia anggap diri dia berkuasa dalam hotel tu.

Melissa dah tak ada duit dan terpaksa mencari kerja untuk keperluan Melina dan Tuan Mazlan. Melissa minta Chef Adam kerja di dapur dan sebagai Ketua Chef, of coz Chef Adam tolong Melissa. Dan Mona jadi tak puas hati.


Mona ni kan memang sejenis yang tak puas hati je dengan Melissa. So disebabkan dia nak sakitkan hati Melissa, si Mona ni booking bilik untuk dinner dengan Johan. Dan Mona meminta Melissa yang hantarkan air untuk dia. Part ni paling best bila Johan kantoi dengan Melissa. Aku suka gila part ni, takde lah nampak Melissa ni diperbodohkan lagi.


Hati siapa tak terluka kan? Melissa pun jadi frust dan menangis bagai nak gila. Dah la hilang mak, lepas tu ayah dia pula kena tangkap lepas tu sakit, Melina tak sekolah, rumah kena sita, dan satu-satunya orang yang dia harapkan, khianati dia. Perghhh aku faham perasaan Melissa masa ni.


Dan Chef Adam sebagai kawan baik Melissa, memujuk Melissa dan bagi semangat yang penuh pada Melissa. Chef Adam nak Melissa jadi kuat dan bukan seorang perempuan lemah yang boleh diguna-gunakan.

Dalam pada itu, Johan sudah minta hubungan antara dia dan Melissa diputuskan. Menangis lagi la si Melissa ni. Alasan Johan, sebab dia tahu Melissa ada hubungan dengan Chef Adam. Ehhh Johan ni, dia yang buat salah, dia tuding jari kat orang lain. Apa jadi episod 38? To be continue...........

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment