ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 38

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 38 - Mona ingat senang-senang ke Melissa nak berhenti kerja lepas tengok Johan dengan dia? Melissa kali ni lebih tabah daripada sebelum ni. Macam best je tengok Melissa sindir-sindir Mona. Melissa cakap Mona dengan Johan adalah pengkhianat, lepas tu Mona nak bengang pulak.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 38

Mona mula berbuat baik dengan Mak Milah dan Pak Hashim. Saja nak buat Melissa sakit hati. Sementara itu, Melissa dan Melina tinggal di rumah sewa Chef Adam. Yela, dah Mak Milah bising-bising kata diorang menyusahkan.


Johan mula mengayat Mona. Mona kan dah jadi Naib Presiden so bolehlah ambil kesempatan pada Mona pula. Mona pun layankan je si Johan tu. Johan juga dah dapat masuk kerja. Semua sebab Mona katanya.

Masa dekat hotel, Cik Gayah buli Melissa. Melissa hantar makanan, Cik Gayah kata tak sedap lah apa lah padahal, bukan dia makan pun. Geram tak? Kalau aku jadi Melissa dah hangin satu badan uolsss, tapi Melissa chill aje.


Mona menyuruh Melissa menanggalkan cincin yang dipakai Melissa. Cincin itu diberi oleh Johan. Melissa malas nak dengar cakap Mona. Tapi disebabkan Johan ni dah obses dengan Mona, dia mula menyebelahkan Mona. Johan sendiri yang tanggalkan cincin tu dari Melissa. Bukan itu je, Johan bagi cincin tu pada Mona pula. Suka laa Mona. 


Sekali lagi Chef Adam jadi pemujuk kepada Melissa. Lembut je Chef Adam ni kan? Aku suka watak Chef Adam ni sebab dia lembut dalam tegas. So dia nasihatkan Melissa, jangan nak lemah atau menangis untuk orang-orang tak penting macam Mona dengan Johan. Tak berbaloi pun.

Untuk episod 39, ada cerita pasal Tuan Mazlan. To be continue lagi...

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment