ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 39

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 39 - Mona merancang untuk berkahwin dengan Johan. Dia menjemput Mak Milah dan Pak Hashim makan malam di hotel. Melissa menjadi pelayan mereka pada malam itu dan Mak Milah mula mengecilkan dan menghina Melissa. Tak kenang dek untung Mak Milah ni.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 39

Tapi jangan tak tahu, Cik Gayah tak setuju uolsss. Sejak Cik Gayah merasa jadi orang kaya ni, dia macam mak-mak datin yang demand lagaknya. Taknak bermenantukan orang gaji uiii. Kelakar pula tengok Cik Gayah yang tak sedar diri tu.


Tuan Mazlan dah sedar. Namun perkara yang menyedihkan adalah Tuan Mazlan hilang ingatan akibat trauma sebelum dia pengsan. Melissa sekali lagi berasa lemah. Chef Adam cuba untuk menenangkan Melissa supaya Melissa terus kuat. Tuan Mazlan pula ada peluang untuk dibebaskan.


Melissa sedikit lega apabila Tuan Mazlan dibebaskan. Melissa mendapat panggilan telefon dan akhirnya dia boleh masuk ke rumah lamanya semula. Tapi Melissa tak tahu yang Mona dah beli banglo milik keluarga dia.



Mona jahat gila bila dia suruh Melissa melutut pada dia kalau Melissa nak rumah tu balik. Well, maruah lagi penting dari rumah kan? Melissa tak buat pun. Dia terus blah je dari rumah tu. Bila lah Melissa nak start balas dendam ni. Dah tak sabar tau !

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment