UNTUNGNYA WARGA WILAYAH SEBAB ADA KAD CERIA - Assalamualaikum wbt. Korang pernah tahu atau dengar tentang Kad Ceria ke? Aku pun baru tahu sebenarnya walaupun aku lahir di Wilayah. Lahir je la, tapi tinggal luar sikit dari Wilayah.
Apapun aku rasa beruntung sebab aku antara yang layak memohon. Tapi mesti korang tanya, kenapa aku berasa beruntung sangat dapat memohon Kad Ceria ini? Apa yang best sangat tentang Kad Ceria? Meh aku nak perkenalkan apa itu Kad Ceria dan kenapa Kad Ceria ini best sangat.

Kad Ceria Buat Warga Wilayah Persekutuan
Kalau korang nak tahu, Kad Ceria ini sebelum ini dikenali sebagai 'Kad Komuniti Ceria' dan merupakan kad DISKAUN tau ! Selain itu, Kad Ceria juga digunakan sebagai kad pemotongan terus harga atas pembelian di premis-premis dan lokasi yang terpilih. Bukan sikit diskaun dia, banyak oiii ! 70% diskaun yang korang dapat bila korang menjadi pemegang Kad Ceria ini.
Ianya pertama kali dilancarkan pada tahun 2015 bertujuan untuk menangani kos sara hidup dan mengurus perbelanjaan secara berhemah bagi warga Wilayah Persekutuan.
Kad ini dikhususkan kepada WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN iaitu KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA dan LABUAN sahaja. Yang luar dari Wilayah jangan sedih-sedih, marilah kita berdoa supaya negeri lain juga akan adakan program sebegini.
Ya, inisiatif ini KHAS untuk WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN. Tak kisah kalau korang lahir di Wilayah, ataupun penduduk tetap Wilayah, korang boleh memohon Kad Ceria! Aku yang menaip pun terasa teruja, sebab aku lahir di Wilayah Persekutuan.

Keistimewaan Pada Pemegang Kad Ceria
1. Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan atau makan atau perkhidmatan
2. Membeli-belah pada harga yang istimewa di lebih 3,798 premis atau rakan dagang (merchants)
3. Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
4. Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan
5. Info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan.
6. Membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian
7. Panduan, maklumat, serta info terkini berkenaan cadangan / komen orang ramai tentang barangan / makanan / perkhidmatan istimewa yang ditawarkan dengan harga berpatutan / murah

Insentif Rakan Dagang Kad Ceria Oleh DBKL
1. Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2. Diskaun lesen penjaja 60%
3. Diskaun lesen premis perniagaan :
➠ 10 % = 1 tahun
➠ 15% = 2 tahun
➠ 20% = 3 tahun
4. Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan
5. Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
6. Promosi kepada perniagaan secara berterusan (Media Sosial, Media Massa, Program-Program KWP)
7. Pengiktirafan daripada KERAJAAN kepada PERNIAGAAN anda

Syarat Kelayakan Permohonan Kad Ceria
1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan ATAU menetap di Wilayah Persekutuan ATAU
4. Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan
Kalau korang dah memenuhi segala syarat-syarat di atas, bolehlah terus memohon Kad Ceria di ⇨⇨⇨ https://kadceria.kwp.gov.my/semak_kelayakan.php
Untung jadi warga Wilayah Persekutuan sebab banyak program dan inisiatif yang meringankan beban penduduk. Aku berharap sangat supaya program ini diperluaskan selain dari Wilayah Persekutuan. Biar kita sama-sama merasa peluang seperti ini.
Maklumat lanjut :
Urusetia Kad Ceria
Kementerian Wilayah Persekutuan
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.
E-mel: kadceria@kwp.gov.my
10 Comments
byk tu less tu..bestnyaaa moga diperluaskan negara lain
ReplyDeleterezeki anda la warga Wp, untung tau dapat kad ceria ni.
ReplyDeleteWahhh banyak kelebihan ianya tu. Rugi tak tau sebelum ni
ReplyDeletedengan kad ceria ni, boleh dapat penjimatan ketika berbelanja kan...
ReplyDeleteKad ceria... inisiatif terbaikkkk :)
ReplyDeleteSesiapa yang layak tu cepat2 la apply ye
ReplyDeleteMoga usaha murni ini dapat diteruskan...Aamin
ReplyDeleteInisiatif macam ni la baru bagus...sokong
ReplyDeleteuntung warga wilayah persekutuan
ReplyDeleteya untung untung..nak jugak tp x layak hahaha
ReplyDelete