WILLEM JOHAN KOLFF : PENEMUAN RAWATAN HEMODIALISIS DAN ORGAN BUATAN YANG PERTAMA

WILLEM JOHAN KOLFF : PENEMUAN RAWATAN HEMODIALISIS DAN ORGAN BUATAN YANG PERTAMA - Sebagai pesakit Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir yang menjalani rawatan Hemodialisis, perkara macam ni umpama ilmu juga bagi aku.

Aku pun tak pernah ambil tahu siapa yang cipta rawatan Hemodialisis ini, apapun, ianya sangat membantu orang macam aku, lebih lagi aku tak boleh kencing. Rawatan hemodialisis lah yang bantu keluarkan air yang berlebihan dalam badan aku, dan seterusnya membuang toksik yang berlebihan dalam badan pesakit macam aku.

WILLEM JOHAN KOLFF : PENEMUAN RAWATAN HEMODIALISIS DAN ORGAN BUATAN YANG PERTAMA

WILLEM JOHAN KOLFF

Aku nak perkenalkan, ini Willem Johan Kolff yang merupakan seorang insan yang berjaya menemukan kaedah rawatan Hemodialisis yang pertama. Beliau membuat penemuan terbesar dalam bidang dialisis untuk kegagalan buah pinggang semasa Perang Dunia Kedua.

Willen Johan "Pim" Kolff dilahirkan pada 14 Februari 1911 di Leiden, Belanda, Kolff merupakan anak pertama dari 5 orang adik beradik. Sejak kecil lagi beliau sangat meminati dengan bidang kedoktoran. Beliau banyak menghabiskan masa belajar dengan bapanya, Jacob Kolff yang merupakan pengarah Tuberculosis Sanatorium di Beekbergen.

Beliau mendapat PHD dari University of Groningen pada tahun 1941 dengan penghargaan Summa Cum Laude.

Satu hari, Kolff melihat sendiri kematian seorang pemuda berusia 22 tahun, yang meninggal kerana Kegagalan Buah Pinggang. Dia segera melakukan penyelidikan dan cuba mengembangkan buah pinggang palsu di Kampen.

WILLEM JOHAN KOLFF : PENEMUAN RAWATAN HEMODIALISIS DAN ORGAN BUATAN YANG PERTAMA
Alat Hemodialisis Yang Pertama
Alat ini digunakan daripada bahan kasar yang diperoleh dari kilang tempatan dan dijadikan enjin silinder, dilengkapi dengan tiub untuk meletakkan cecair pembersih. Darah dan toksin yang dihasilkan oleh buah pinggang yang rosak ditarik ke dalam tiub dan kemudian dibersihkan dan seterusnya mengalir kembali ke dalam badan pesakit.

Dan pada tahun 1945, alat ini berjaya menyelamatkan pesakit pertamanya, seorang wanita berusia 67 tahun, dan wanita itu kekal hidup lebih kurang 7 tahun.

Kolff kemudian berhijrah ke Amerika Syarikat dan bekerja di Cleveland Clinic Foundation sebagai Ketua Jabatan Organ Buatan sekaligus merupakan profesor penyiasan klinikal. Dia mula mencipta hati tiruan dan buat kali pertama hati tiruan itu dipasang pada haiwan pada tahun 1957.

WILLEM JOHAN KOLFF : PENEMUAN RAWATAN HEMODIALISIS DAN ORGAN BUATAN YANG PERTAMA

Beliau kemudian meninggalkan Cleveland pada tahun 1967 dan bekerja sebagai Pengarah Institut Kejuteraan Bio-perubatan di University of Utah. Kajian tentang jantung diteruskan di sini dan pada tahun 1982, beliau membantu mengawasi pembedahan implan hati pertama.

Di University of Utah, Kolff banyak menyumbangkan organ buatan yang lain termasuk telinga buatan, mata elektronik dan membran oxygenerator.

Dan tentunya, penciptaan yang buat Kolff diingati adalah Hemodialisis, iaitu alat dialisis yang berjaya menyelamatkan lebih berjuta pesakit Kegagalan Buah Pinggang di dunia.

Kolff juga dianggap sebagai Bapa Organ Tiruan dan dianggap sebagai doktor yang paling penting pada abad ke-20. Beliau mendapat lebih 12 anugerah doktor terhormat di universiti seluruh dunia dan lebih dari 120 anugerah antarabangsa, antaranya adalah Prize Harvey pada tahun 1972, AMA Scientific Achievement Award pada tahun 1982, Prize Jepun pada tahun 1986, Albert Lasker Award untuk Clinical Medical Research pada tahun 2002, dan Hadiah Russ pada tahun 2003. Pada tahun 1990 Life Magazine memuatkan nama beliau antara senarai 100 orang Paling Penting dalam abad ke-20.

Kolff meninggal dunia tiga hari sebelum ulang tahun ke-98 pada 11 Februari 2009, di sebuah pusat rawatan di Philadelphia.

Sumber : Wikipedia, BlogPenemu

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment