BABY UMAR BERUMUR 4 BULAN SUDAH

BABY UMAR BERUMUR 4 BULAN SUDAH - Bila tak ada anak sendiri, dengan siapa lagi nak bermanja kalau bukan anak orang lain. Tapi anak orang lain pun kalau dari DNA yang sama, maka perasaan dan naluri ibu tu terus meresap rasanya.

BABY UMAR BERUMUR 4 BULAN SUDAH

Muhammad Umar inilah penghibur hati buat aku. Aku tak pernah bayangkan aku ada anak buah sendiri. Ada anak buah sendiri pun dah gembira, kau bayangkan kalau ada anak sendiri? Tapi aku tak letak harapan yang besar untuk aku mengandung sebab risiko untuk aku dan bayi. Rasa macam aniaya anak sendiri kalau aku teruskan niat untuk mengandung.

Lagipun aku tak sihat, suami aku pun tak sihat. Memang ada sebab kenapa Tuhan tak bagi. Nanti jadi perkara lain pula. Lebih baik aku bermanja saja dengan anak kepada adik aku ni. Dah macam anak aku pun.

Hari ini Baby Umar dah berumur 4 bulan. Gembira aku tengok pembesaran Baby Umar sekarang ni. Masa awal kelahiran Baby Umar dulu agak sedih sebab penuh dengan wayar. Tapi sekarang Baby Umar nampak sihat. Alhamdulillah.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Semoga membesar jadi anak soleh ya baby Umar. Mai pun suka nama Umar ni, pernah cakap dengan tunang kalau ada baby boy suatu hari nanti nak letak nama Umar, dia pun terkejut sbb macam retro sikit kan, tapi dia setuju je, haha.

    Apapun...bertuah awak Umar, ramai yang sayang.

    ReplyDelete
  2. Comel Baby Umar.. Semoga Baby Umar membesar dengan sihat.. Aamiin..

    ReplyDelete