CARA MAKAN SASHIMI DENGAN BETUL

CARA MAKAN SASHIMI DENGAN BETUL - Sejenis manusia macam aku adalah, aku suka makan dan aku suka mencuba pelbagai jenis makanan. Tapi bila aku kata aku teringin makan sashimi, ada yang beranggapan aku bodoh, sebab banyak-banyak benda, aku teringin makan ikan mentah. Entahlah, aku memang suka mencuba. Even daging mentah pun aku pernah makan, untuk belajar rasa kesegaran daging itu.

Entri ini aku ingin berkongsi tentang cara makan sashimi dengan betul. Seperti sushi, sashimi juga ada cara makannya, bukan ikut selera tau. Orang Jepun mementingkan cara-cara makan dengan betul, lebih lagi melibatkan makanan diorang.

CARA MAKAN SASHIMI DENGAN BETUL
SUMBER : BBCGOODFOOD
Kebiasaan orang yang tidak tahu, mereka akan mencampurkan wasabi bersama sos soya. Tapi tersangatlah cara itu.

CARA MAKAN SASHIMI DENGAN BETUL
Ambil sedikit wasabi dah oleskan pada sashimi. Kuantiti wasabi ikut koranglah. Kalau suka banyak, letaklah banyak. Kalau tak tahan pedas wasabi, boleh oles sikit dulu. Selepas itu celup dalam sos soya sikit je, dan makan.

Kalau nak buang hanyir sikit, bolehlah perah lemon dahulu sebelum lakukan step diatas. Haaa lepas tu kalau korang punya sashimi itu dihidangkan dengan sayur, makan sekali dengan sashimi tu ye. JANGAN SESEKALI CAMPURKAN WASABI DENGAN SOS SOYA. Ia akan buatkan rasa wasabi jadi spoiled.

Aku tak pernah makan sashimi tapi masih teringin. Bolehlah praktik step ini nanti. Harap bermanfaat.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. bab sashimi ni kak pip mmg tak boleh nak makan ... nampak ikan yg raw tu mmg tolak tepi ...

    ReplyDelete