HADIAH KUIH RAYA DAN TUDUNG BAWAL DARI BLOGGER ZUSHAZRINA

HADIAH KUIH RAYA DAN TUDUNG BAWAL DARI BLOGGER ZUSHAZRINA - Tak berapa kenal pun awalnya beliau ini tapi blogger Zushazrina pemilik blog https://rinashrin.blogspot.com ini baik sangat dengan aku. Satu hari tu Rin minta alamat rumah aku, aku pun bagi lah. Aku suspek dapat kad raya. Haha!

Sebelum itu, aku ada di Rawang. Rin tunggu aku balik Ampang. Sampai je aku dekat Ampang, Rin terus hantar runner untuk hantar barang pada aku. Excited. Dah lah tak kenal, ada barang pula nak diberi. Ini kejadian seminggu sebelum raya.

HADIAH KUIH RAYA DAN TUDUNG BAWAL DARI BLOGGER ZUSHAZRINA

Jarang tau aku nak posing muka happy tak terkata ni. Hahahhaa! Aduhai.. Aku tak berapa nak fotogenik. Asyik buat posing sama je, aku bosan pula. Tapi comel juga kan muka aku ni? Siapa nak puji kalau bukan diri kakak sendiri. Gittuuuu~

HADIAH KUIH RAYA DAN TUDUNG BAWAL DARI BLOGGER ZUSHAZRINA

So runner hantar bungkusan ini pada aku. Terkejut lah juga siap riben bagai. Surprise sangat ni. Happy pun ada. Jarang-jarang-jarang aku dapat hadiah. Dari orang yang kita tak kenal pun. Dah dapat ni excited lah nak buka kan? Bila dah buka.................................

HADIAH KUIH RAYA DAN TUDUNG BAWAL DARI BLOGGER ZUSHAZRINA

Nampak kotak tupperware. Dalam hati senyum sambil cakap "Ohhh tupperware rupanya" , tapi tiba-tiba ada nota tulis "Bukan tupperware!" Ehhhhh pandai Rin baca hati aku berkata-kata. Hahahhaa gelak lagi weyyyyy !

HADIAH KUIH RAYA DAN TUDUNG BAWAL DARI BLOGGER ZUSHAZRINA

Cakkkk ! Dapat koleksi kuih raya dengan tudung bawal. Alhamdulillah. Memang masa tu mengidam kuih raya. Tak sangka ada rezeki. Sedap-sedap kuih raya yang Rin bagi. Terima kasih sangat-sangat! Moga silaturrahim kita kekal dunia akhirat Rin !

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki tu.. semoga makin murah rezeki yang memberi dan menerima.. Aamiin..
    Lupa lak nak cakap.. Kita dah follow blog sis.. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    kuih raya yg ohsem, auni.
    bertuah sgt.

    ReplyDelete