HIKMAH SUAMI SAKIT

HIKMAH SUAMI SAKIT - Sebenarnya aku bukanlah suka sangat nak cerita hal peribadi dalam blog aku ni sebab blog ni tempat aku cari makan. Tapi sebab mood tengah slow motion tak tahu nak update apa, aku update lah sikit tentang perasaan aku dan hikmah suami sakit sejak 2 bulan lalu.

Ye, awalnya aku agak down dan ada masa sampai sekarang aku jadi down teruk. Aku blur nak buat apa. Ibarat hilang satu kaki sebab sejak kahwin, semuanya aku depends pada tuan suami. Nak pergi mana, nak makan apa semua dengan dia. Bila dia sakit tak boleh bangun, aku mula rasa nak lari dari semua masalah ini.

2 minggu pertama, aku asyik menangis dan menangis sampai aku rasa dah tak ada harapan lagi untuk aku terus harapkan tuan suami. Namun sebab ramai yang bagi moral support dan mendoakan, aku bangkit. Tak kurang juga ada yang cuba bantu dari segi suruh berzikir dan sebagainya. Aku ucap terima kasih sangat.

Dalam pada tuan suami sakit ni, aku nampak satu hikmah. Kalau dulu aku tak berapa rapat dengan keluarga mertua dan asyik buat hal sendiri, sekarang aku rasa lebih rapat dan dah tak ada rasa awkward sangat. Bayangkan 5 tahun aku kawin, aku sentiasa anggap diri aku invisible. Jujurnya aku memang tak berapa pandai nak bergaul.


Aku dengan biras aku pun semakin rapat. Padahal sebelum ni bilik sebelah-sebelah je tapi jarang sangat kami bertegur sama dan kenal satu sama lain. Cuma sejak tuan suami sakit, biras aku semakin rapat dan semakin concern pasal aku dan tuan suami. Banyak perkara yang kami ceritakan bersama.

Dia juga sanggup menggantikan tuan suami untuk teman aku dialisis, kalau dia ada masa. Sepanjang aku berkahwin dengan tuan suami, ini kalilah aku ditemani orang lain selain dari tuan suami. Perasaan mula-mula rasa lain sangat sebelum aku terasa biasa.

Hikmah yang lain, adalah dari segi bersangka baik dan mendekati Tuhan. Ye, manusia ni bila sihat mudah alpa dan lupa kan? Sebenarnya hari semakin berlalu dan aku lebih positif dan sentiasa pasang harapan yang besar untuk tuan suami kembali boleh bangun, berdiri, dan berjalan.

Walaupun dah ada progress yang sikit, aku masih rasa bersyukur. Aku sentiasa cuba untuk bersangka baik kerana Allah taala sebaik-baik perancang.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Cantik biras kak Auni..Ujian yang datang untuk menguatkan, jangan cepat berserah... (nasihat diri sendiri juga)

    ReplyDelete
  2. Setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya.. Semoga hubungan kekeluargaan antara sis dan mertua akan lebih akrab.. Aamiin.. Sha doakan semoga sis sentiasa diberikan kekuatan dalam melalui ujian ini.. Aamiin..

    ReplyDelete