RAYA AIDILFITRI TEMA MUSTARD

RAYA AIDILFITRI TEMA MUSTARD - Assalamualaikum wbt. Lamanya tinggalkan blog. Aku pun bercuti rumah Mama dua minggu. Tiba-tiba macam lost tak tahu nak tulis apa. Aku sebenarnya happy sebab aku dapat beraya dengan suami. Korang pun tahu aku down sebab tuan suami sakit, so aku expect aku tak dapat beraya dengan dia.

Alhamdulillah atas bantuan parent aku dengan parent tuan suami, parent aku dapat bawa tuan suami balik beraya dekat Rawang. Memang selalunya mood raya aku ada dekat Rawang je, dekat Ampang tak beraya sangat pun.

So tema tahun ini adalah Kuning Mustard tapi baju aku seorang je yang tak berapa nak mustard sebab baju aku memang susah nak cari especially ready-made sebab tangan aku ada bonggol besar. Kesian aku. 


Tak tahulah kenapa kualiti gambar tak berapa nak lawa. haha! Tahun ni aku happy sebab ada ahli baru dalam keluarga. Siapa lagi? Si kecik yang cerdik bernama Muhammad Umar tu la. Nasib baik raya haritu mood Baby Umar baik je walaupun ada laa juga dia mengamuk sikit.

Tuan suami memang tak pakai sampin sebab susah nak berdiri. Takpelah kan? Janji dapat beraya bersama. Masih seperti tahun-tahun yang sudah, aku sangat happy beraya disamping keluarga aku. Cuma tahun ini aku dan tuan suami tak ikut balik kampung. Aku kena dialisis, tuan suami pula tak boleh bangun berjalan. Pergerakan suami dan isteri terbatas.

So, jom lah layan kejap gambar-gambar raya haritu. By the way, ada gambar yang tak berapa nak cantik. Kamera lain-lain katanya.

Adehh Mama terpejam mata. Tapi siapa paling berseri dalam gambar ni?
Aku nampak Baby Umar je. Manis je dia senyum.

Pendekar Tak Berapa Nak Bujang




Aku rasa tahun ni aku punya gambar raya paling berseri. Tahun-tahun sudah aku tak berapa nak pandai lilit shawl. haha ! Tuan suami pun asyik cakap aku cantik. Errr kalau aku bangun tidur pun dia cakap aku comel. So, perasan terlebih pakej riak seciput disitu.

Sebenarnya ada cerita tragis sikit lah. Mama belikan aku baju lepas tu dia kesian pada aku sebab baju aku tak berapa nampak warna mustard. Lebih pada kuning gitu. Pergi Aeon, nak cari baju aku, tapi semua tak muat tang tangan, sebab tangan aku besar sebelah.

Aku pun malas nak penat-penat, aku cakap pada Mama, okay je aku pakai baju Mama beli tu. Kain tu pula, kain adik bongsu aku, Aliah. Aku pakai apa yang ada je.

Baju raya aku memang setiap tahun Mama yang sponsor. Manalahhh aku tak rasa bersalah dan terhutang budi pada Mama? Aku dah kawin tapi dia tak lokek bab makan pakai ni. Kasih seorang ibu kan?

Aku harap ini bukan raya aku yang terakhir. Aku harap masih ada peluang aku raikan Ramadhan dan Syawal tahun depan. Dan ketika itu tuan suami pun dah boleh berjalan macam biasa.

Okaylah korang. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin :)

2 comments:

  1. Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada sis.. Kasih sayang dan semangat dari keluarga memang sangat membantu.. Salam Aidilfitri buat sis.. Sha doakan semoga sis diberi peluang untuk terus menempuh Ramadhan dan syawal akan datang.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. gembira nyer auni. alhamdulillah...
    semoga semua kegembiraan di dunia ni milik auni ye :)

    ReplyDelete