RESEPI IKAN PATIN PAIS TEMPOYAK SEDAP

RESEPI IKAN PATIN PAIS TEMPOYAK SEDAP - Sebenarnya ini kali pertama Mama buatkan aku ikan patin pais tempoyak. Sebab sebelum ini Mama hanya suka buat pais ikan dengan sambal kelapa. Puas aku pujuk Mama. Akhirnya Mama mengalah sebab berapa hari lepas tu aku dah pulang ke Ampang. Seminggu aku di Rawang, macam-macam aku nak makan aku dapat. Happy sangat rasanya.

Resepi ikan patin pais tempoyak sedap ni mungkin sama je dengan resepi yang ada dalam Google tapi aku saja semat je lah dalam blog aku. Aku letak perkataan sedap sebab memang sedap. Tempoyak tu tempoyak masam, so Mama balance dengan garam dan gula, Allahu. tak tahu nak cakap, puas tau aku makan !

RESEPI IKAN PATIN PAIS TEMPOYAK SEDAP

RESEPI IKAN PATIN PAIS TEMPOYAK SEDAP
Bahan-bahan :
Seekor ikan patin - dipotong
Tempoyak secukupnya
Cili padi
Kunyit hidup
Serai - hiris
Bunga kantan - hiris
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang

Cara-cara :
Kisar tempoyak bersama cili padi, kunyit hidup, garam dan gula. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk dan masukkan serai dan bunga kantan yang dihiris serta digaul sebati. Ikan disusun atas daun pisang, kemudian sapukan pes tempoyak tadi. Kemudian letak atas kuali dan tutup kuali. Bakar dengan api perlahan hingga masak.

Bila bakar dalam daun pisang, wangi dia satu macam. Rasa pun lebih sedap tau. Korang boleh juga letak petai dan pucuk ubi. Macam Mama buat, first trial kosong je tapi masih sedap sangat.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Sedapnya.. First time makan masa gi Cherating.. Memang best..

    ReplyDelete