SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2 - Lama peminat drama Andainya Takdir tunggu season yang kedua ini kan? Aku pun sama. Ingatkan tayang awal bulan puasa, tapi sebenarnya ditayangkan pengakhiran bulan puasa. Drama Andainya Takdir 2 bakal menggantikan slot Samarinda yang sekarang ditayangkan drama Nur.

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR 2
TARIKH/MASA : 13 Jun 2018, Rabu hingga Jumaat, jam 9:00 malam
SLOT : Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Idris Md Diah, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Farahdhiya, Nafiez Zaidi &  Neera Azizi

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2
Airil sudah bercerai dengan Fatihah tetapi masih berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai.

Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Namun Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil kerana Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleeya.

Fatihah mula berasa sukarnya hidup tanpa Airil. Aleeya pula semakin memberontak dan terlalu rindukan dan tertekan dengan sikap Fatihah yang lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja.

Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleeya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya.

Kerana luka dalaman berpunca pukulan dari Airil, Fatihah jatuh sakit. Ini membuatkan Fatihah semakin membenci Airil. Namun kerana pengorbanan Airil telah menyedarkan Fatihah.

2 comments: