BIOPSY DI UNIT ANGIOGRAFI HOSPITAL KUALA LUMPUR

BIOPSY DI UNIT ANGIOGRAFI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Selesai sudah aku buat biopsy di Hospital Kuala Lumpur. Gerak dari Rawang seawal pukul 6 pagi dan sampai ke depan unit MRI lebih kurang jam 6:50 pagi. Padahal appointment jam 8:00 pagi. Gigih sangat tau.

BIOPSY DI UNIT ANGIOGRAFI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Aku masuk dari unit MRI berdekatan parking lama wad Nephrology. Lepas tu aku tembus masuk ke Unit CT Scan pula. Punyalah tunggu orang sebab nak tanya Intervension Radiology ada dekat area mana. Lebih kurang jam 7:10 pagi, baru aku nampak batang hidung manusia. Seorang attendence lelaki. Aku tanya dekat mana Intervension Radiology? Staff lelaki tu kata kat pintu depan.

Aku pun jalan ke depan sikit, dan tunggu di kaunter pembayaran. Seorang manusia pun tak ada dekat situ. Sampai jam 7:30 pagi, aku nampak kelibat seorang wanita. Aku tanya lagi..."Kak, dekat mana Intervension Radiology, untuk buat biopsy?" .. Dia tunjuk arah, dimana tempat tu depan aku je pun.

Lepas tu aku masuk ke Unit Angiografi. Disinilah Intervension Radiology yang dimaksudkan. Sementara aku tunggu keputusan doktor nak buat apa pada aku ni, mata aku melilau je. Rupanya "kakak" yang aku tegur tadi adalah seorang doktor juga. Malu pula aku rasa masa tu. Haha!

Aku diberitahu tentang komplikasi yang akan berlaku selepas prosedure biopsy ini, seperti bleeding, infection, atau bengkak dan lebam. Aku dah ready so aku tandatangan.

BIOPSY DI UNIT ANGIOGRAFI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Lebih kurang 8:20 pagi, staff nurse bagi aku baju putih untuk aku salin. Selepas salin baju, selang beberapa minit, aku dipanggil untuk baring atas katil pula. Dah baring tu, buat ultra sound. Dah puas doktor scan, mencari-cari apa yang dicari, terus ke prosedure seterusnya, UBAT BIUS!

Bius bukan sampai pengsan. Hanya bius setempat sebab doktor hanya nak ambil sedikit tisu. Blood pressure aku tiba-tiba drop. Tak tahu sebab aku panik ke apa. SPO aku pun rendah sikit.

Aku nampak staff siapkan segala jarum dan bahan dressing. Berdebar jantung aku walaupun ini bukanlah kali pertama. Tengok jarum je dah seram. Tapi aku yakinkan diri aku, aku kuat.

BIOPSY DI UNIT ANGIOGRAFI HOSPITAL KUALA LUMPUR
Seperti gambar di atas, besar tu lah jarum yang doktor jolok-jolok dalam isi aku. Aku berbunyi juga lah sebab terasa jarum yang dirodok-rodok tu walaupun dah kena bius. Lepas aku TER-menjerit sebab aku dengar bunyi tembakan jarum tu. Bunyi tembak tu tanda diorang dah berjaya ambil sampel tisu dalam tubuh badan aku ni.

Aku ingat dah settle. Aku dah lega uiii. Tapi lepas tu doktor boleh cakap, "Auni, kita buat lagi sekali ye?" ... aku dah macam... Yarabbi........... bertabahlah wahai diriku yang gojesss..(sempat lagi aku puji diri sendiri) ... Kau mampu??

Tepat pukul 9:10 pagi, semuanya settle. Alhamdulillah. Prosedure sangat kejap dan aku tak payah nak tunggu berejam di Pain Station. Allah taala permudahkan urusan aku, aku tak bleeding. Cuma bengkak la sikit. Dan aku boleh balik.

Alhamdulillah. Next aku tak tahu apa plan doktor buat aku. Nanti aku update lagi ye? Thanks semua sebab mendoakan urusan aku dipermudahkan.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Awalnya ke hospital. Bagus pi awal-awal.

    Semoga dipermudahkan segala urusan auni.

    ReplyDelete