CHECK UP UNTUK PEMBEDAHAN SETERUSNYA

CHECK UP UNTUK PEMBEDAHAN SETERUSNYA - Assalamualaikum wbt. Hai korang! Lamanya aku tak tulis blog. Rasa awkward sikit pakai PC adik aku ni. Dia guna untuk main dota tapi aku pinjam lah kejap, sebab lappy tertinggal kat rumah mak mertua. Sebenarnya bukan lappy aku pun, lappy mak mertua tapi aku pinjam je.

Semalam aku sekali lagi buat checkup dekat klinik Pembedahan Am HKL. Sebabnya? Selepas pembedahan buang paratiroid , ada perkara fishy yang menyerang aku. Malas pula nak bagitahu. Bukan sakit hati, cuma aku letih sungguh, lepas satu, satu lagi. Tak mudah wey untuk aku jalani semua ni. Dengan suami aku kena strok sampai tak boleh jalan, dengan mulut orang yang suka downgrade kan aku. Ya Allah, memang aku selalu minta mati bila aku down teruk.

CHECK UP UNTUK PEMBEDAHAN SETERUSNYA

So, bila dah jumpa, doktor cakap itu dan ini, tanya aku berkali-kali, faham ke tidak, i was like.... yeah aku faham. Kalau aku menolak pembedahan pun aku akan sakit, kalau aku teruskan pun aku akan sakit. I feel like alien now. Macam-macam pula yang menyerang.

Aku diam kejap. Take a deep breath dan aku akur untuk tandatangan memandangkan aku setuju dengan segala prosedure yang doktor nak buat pada aku. Takpe, aku tahu aku masih kuat. Hidup aku helakan, untuk berjuang.

PENAT - Yes!
GIVEUP - Sometimes!

Aku di ambang seorang yang hilang harapan. Tapi aku bangkit sebab aku tak dapat lagi apa yang aku inginkan. Rumah sendiri, hidup sendiri, ibadah yang taat, sebatikan duniawi dan akhirat. Banyak betul impian aku, mampu ke aku kecap semua?

Aku tak minta duit, cukuplah Tuhan berikan aku extra kekuatan untuk aku terus bertahan. Biar aku kuat hingga nafas yang terakhir.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. InsyaAllah Auni dapat lalui liku2 ni. Auni kuat!

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. Semoga terus kuat kak...sayang kak Auni!

    ReplyDelete