CT SCAN DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

CT SCAN DI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Ramai tanya aku, aku scan apa? Tapi entahlah, aku memang tak ready langsung nak bagitahu apa-apa. Macam aku cakap sebelum-sebelum ini, aku hanya lebih selesa orang tahu aku seorang pesakit Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir. Memang aku sedih, lepas doktor mention ada perkara lain yang menyerang aku, tapi biar aku dengan family je yang tahu.

CT SCAN DI HOSPITAL KUALA LUMPUR
Sekadar Hiasan.
Sumber : https://hellosehat.com
Appointment jam 9:00 pagi tapi alhamdulillah Allah SWT permudahkan urusan aku hari ini. Pukul 8:30 pagi dah settle. Awalnya aku dicucuk branula di pelipat lengan, Nyeri je rasa sebab dia cucuk dekat pelipat.

Sebelum CT Scan, aku dibahaskan tentang ubat yang akan dimasukkan ke dalam badan aku. Mungkin ubat itu agak perit dan menyebabkan alahan. Aku macam redha dan mengangguk je.

CT SCAN DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Lepas tu kena tukar baju. Dah tukar baju tu terus lah mulakan sesi CT Scan. Hati berdegup kencang macam nak pergi berperang kononnya. Padahal tak lah lama sangat cuma aku ni jenis manusia yang cepat panik sejak mengjangkau usia tua ni.

CT SCAN DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Apa rasa ubat yang dimasukkan dalam badan aku? Asalnya aku tak rasa apa-apa, lepas tu rasa panas dan tak selesa dan aku rasa sesak nafas tapi aku pura-pura cool dan aku keep on baca zikir Yunus sampai aku terlelap kejap. Sedar-sedar dah siap. "Ok, lepas ni boleh salin baju dan boleh balik..." .. aku pun boleh tanya soalan sengal  "Boleh balik dah lepas ni?" ... Tengok jam, uishhh awalnya dah siap. Alhamdulillah.

Next appointment aku dengan dokto 26 Julai 2018 akan datang ni. Aku memang dah get ready fizikal dan mental, apapun keputusan yang bakal aku dapat.

Sesungguhnya hidup dan matiku hanya kerana Allah Taala.

The writer,
Tunsha Ayunie

3 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan auni ye..

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Be strong dear. Will pray for you. May God give you all the strength you need to go through this :)

    ReplyDelete