KENALI APA ITU MUSCULAR DYSTROPHY

KENALI APA ITU MUSCULAR DYSTROPHY - Sejak aku kahwin dnegan tuan suami, aku memang tak tahu sebenarnya dia mengalami simptom Muscular Dystrophy akibat kemalangan yang terjadi pada dia berpuluh tahun yang lalu. Muscular Dystrophy ini adalah kes terpencil yang jarang berlaku.

Sebenarnya doktor tak diagnose lagi yang tuan suami mengidapi Muscular Dystrophy tetapi simptom yang ada pada tuan suami, 80% menunjukkan dia memang mengalami Muscular Dystrophy.

KENALI APA ITU MUSCULAR DYSTROPHY

Seperti dalam gambar di atas, beginilah fizikal tuan suami andai dia boleh berdiri. Ramai yang akan pandang tuan suami pelik, sebab macam aku kata, kes ini sangatlah terpencil. Memang susah korang nak jumpa orang yang jalan bengkok macam gambar di atas, kecuali suami aku.

APA ITU MUSCULAR DYSTROPHY?
Muscular Dystrophy adalah sekumpulan penyakit kelainan genetik yang berkaitan dengan kelemahan otot.

JENIS MUSCULAR DYSTROPHY
● DUCHENNNE MUSCULAR DYSTROPHY
Duchenne Muscular Dystrophy adalah jenis yang sering ditemui dan sering menyerang kanak-kanak khususnya kanak-kanak lelaki. Ianya terjadi kerana kekurangan distrophin, iaitu sejenis protein yang mempertahankan otot dalam bentuknya. Biasanya menyerang ketika usia mulai 3 tahun hingga 5 tahun, dan semakin hari ianya akan semakin buruk. Pengidam Muscular Dystrophy akan hilang kemampuan berjalan dan sukar untuk bernafas kerana otot pernafasan turut terganggu.

● BECKER MUSCULAR DYSTROPHY
Becker Muscular Dystrophy melibatkan kelemahan otot kaki dan tulang punggung. Becker lebih kurang sama dengan Duchenne, tetapi berbeza tahap keparahannya, iaitu jumlah otot yang mengalami gangguan lebih cenderung.

RAWATAN MUSCULAR DYSTROPHY
● Rawatan fisiologi
● Pembedahan pada tulang belakang
● Penggunaan alat bantuan seperti tongkat atau kerusi roda
● Ubat-ubatan seperti steroid

Sebarang penambahan akan di-update kelak. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk korang yang baru tahu ya :)

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment