LIDAH LEMBU AIR ASAM

LIDAH LEMBU AIR ASAM - Aku dah lama tau nak makan lidah lembu. Last aku makan beberapa tahun lepas. Dulu aku suka buat masak merah lidah. Lidah lembu ni kalau lama-lama makan jadi muak juga, walaupun sedap.

Aku pernah nyatakan hasrat nak makan lidah lembu pada tuan suami tapi dia macam pelik dengan permintaan aku. So aku diam je la, lagi satu lidah lembu ni macam mahal sikit. Kalau setakat nak beli lidah lembu, aku boleh minta Mama je. Huhu

LIDAH LEMBU AIR ASAM

Beberapa bulan selepas aku nyatakan keinginan aku dekat tuan suami, semalam balik dari dialisis, Mama cakap Mama ada rebus lidah. Ya Allah!! Aku punyalah excited gila. Tapi aku tak makan nasi, aku ratah je, dengan air asam. Air asam Mama pun sedap semacam je kali ni. Nanti aku risik resepi.

Berebut-rebutlah dengan adik-adik aku yang lelaki. Adik bongsu aku si Lia tu takut nak makan lidah lembu ni. Aku lagi suka dia tak makan, so aku boleh makan bahagian dia. Tuan suami pun tak pernah makan, tapi aku paksa juga dia jamah.

Lidah lembu ni kalau dekat pasar, lebih kurang RM40 sekilo. Mahal ke murah? Berderau jugak lah tanya Mama harga lidah lembu ni.

Korang suka makan lidah lembu?

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment