RESEPI TAUHU TELUR LEMBUT GORENG KILAS

RESEPI TAUHU TELUR LEMBUT GORENG KILAS - Aku memang suka makan tauhu telur. Ada yang panggil tauhu jepun. Ada yang panggil tauhu cina. Tak kisah lah apa nama dia, yang pasti, ianya satu benda yang sedap.

Selalunya kalau Mama aku masak, Mama akan goreng dulu tauhu telur ni sebelum masak dengan Pak Choy dan sos tiram. Tapi aku tak suka tekstur dia garing-garing sangat, aku suka lembut je macam makan taufufa... gituuu...

RESEPI TAUHU TELUR LEMBUT GORENG KILAS

RESEPI TAUHU TELUR LEMBUT GORENG KILAS
Bahan-bahan :
3 paket tauhu telur - potong ikut suka
5 ulas bawang putih - ketuk
Kicap cair secukupnya

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan kicap cair dan sedikit air, kemudian masukkan tauhu telur. Biarkan kuah sedikit mendidih dan tutup api.

Masa menaip ni pun aku masih terliur lagi. Sedapnya !

No comments:

Post a Comment