SEDAPNYA NASI AYAM CENDAWAN DARI OLDTOWN WHITE COFFEE

SEDAPNYA NASI AYAM CENDAWAN DARI OLDTOWN WHITE COFFEE - Aku dah lama tau mengidam nak makan Nasi Ayam dengan Cendawan Claypot tapi susah nak cari yang halal. Selalu kalau tuan suami bawa aku round-round depan kedai cina, aku tengok je claypot diorang tu.

Aku memang suka Chinese Food sebab makanan diorang ni tak heavy garam. Selalu diorang ganti garam dengan kicap cair. Tu sebab ahsoo-ahsoo sihat je. Tapi yang berpenyakit tu mungkin sebab kuat minum alkohol dan sebagainya.

SEDAPNYA NASI AYAM CENDAWAN DARI OLDTOWN WHITE COFFEE

Berbalik pada cerita nasi ayam claypot, malam tu aku memang kebulur lapar. Tuan suami pun lapar. Umum tahu aku memang tak berapa nak masak dekat rumah mertua. First sebab aku tak sihat, second aku tak selesa, third aku memang tak berapa rajin masak sebenarnya.

So, disebabkan lapar, aku layan lah aplikasi Foodpanda. Padahal aku dah uninstall sebab lama tak order. Then aku install balik. Tengah belek-belek kedai makan yang best, aku buka menu di Oldtown. Terus nampak Mushroom & Chicken Steamed Rice. Terus order dua. Satu untuk aku dan satu lagi untuk tuan suami.

Sedapnya Ya Allah... aku enjoy gilaaa bila makan. Walaupun tak ada sos cili bagai. Nasi dia tawar sikit, ayam tu je macam ayam masin. Haha ! Tapi okay lah sebab nasi dah tawar so balance makan dengan ayam.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment