SERONOKNYA RAYA BILA DAPAT BERCUTI DENGAN TRAVELOKA !

SERONOKNYA RAYA BILA DAPAT BERCUTI ! - Syawal hampir sampai ke penghujungnya. Aku teringat kisah Ramadhan aku yang lain dari tahun-tahun yang lepas. Tahun ni aku berpuasa dekat rumah mertua sebab tuan suami sakit. Masak pun memang mak mertua aku yang masak. So tiga minggu aku berpuasa di rumah mertua dan minggu keempat, Mama aku bawa aku dengan tuan suami balik ke rumah dia di Rawang. Alhamdulillah merasa juga aku berpuasa dengan keluarga aku seperti tahun-tahun yang lepas. Bila sakit-sakit ni rasa nak rapat melekat dengan mak je kononnya.

Bila cerita pasal Ramadhan, dah tentu lah amal ibadah tu yang kita utamakan. Aku memang tak boleh berpuasa sebab aku tidak dibolehkan. Maka amal lain yang aku buat adalah tolong Mama, dekatkan diri pada Tuhan, dan mengejar Lailatulqadar. Tahun-tahun lepas aku memang tak kisah sangat pun pasal Lailatulqadar ni, cuma tahun ini aku diuji dengan tuan suami yang sakit, maka aku memang berharap lebih.

SERONOKNYA RAYA BILA DAPAT BERCUTI DENGAN TRAVELOKA !

Beraya dekat rumah Abah Mama memang best sebab Mama suka masak menu selain daripada nasi contohnya bol kentang dan juga soto. Makan nasi hari-hari pun bosan juga kan? Kami adik-beradik memang dibesarkan dengan pelbagai menu ketika bulan puasa. Adalah sangat pelik bagi kami kalau makan nasi hari-hari, sebulan berpuasa. Haha !

Selain itu, aku ni kalau dekat rumah Abah Mama memang rajin sangat nak mengemas tau. Selain mengemas, aku tolonglah juga buat kuih raya. Tuan suami pula memang setiap tahun akan tolong Mama lipat ketupat daun palas. Adik aku pula cipta sejarah tahun ni bila tolong Mama masukkan pulut dalam daun palas. Masing-masing ada tugas.

SERONOKNYA RAYA BILA DAPAT BERCUTI !

Korang haritu beraya dekat mana? Aku beraya dekat rumah atok. Nasib baik rumah atok dekat je dengan rumah Abah Mama di Bandar Tasik Puteri  Hmm.. beraya dekat rumah atok memang best sebab sepupu sepapat aku memang havoc sikit. Pakcik-pakcik aku pun tak kurang sama havoc diorang. Lepas balik dari rumah atok, kami singgah rumah Tok Chik pula di Damansara.

Aku rasa aku tak banyak pun beraya. Keluarga aku memang tak ada drama 'nak balik raya mana tahun ni?' sebab rumah atok sebelah Abah pun memang dekat. Mama pula yatim piatu tapi akan balik ke kampung di Terong, Perak, sebab ada nenek saudara aku lagi disana.

SERONOKNYA RAYA BILA DAPAT BERCUTI !

Aku pula memang tak ikut Mama balik kampung sebab aku dialisis. Aku 'berkampung' di rumah Abah Mama je la sementara Abah, Mama, dengan adik-adik balik ke kampung.

Oh ya, ada sesetengah keluarga kan suka pergi melancong pada hari perayaan kan? Bagi diorang, time raya Aidilfitri itu la yang diorang boleh berkumpul seisi keluarga. Sambil beraya boleh juga tenangkan fikiran dan melakukan aktiviti bersama. Macam-macam aktiviti yang korang boleh buat dengan keluarga korang time hari raya seperti pergi vacation dekat pulau-pulau. Ya Allah bestnya!

SERONOKNYA RAYA BILA DAPAT BERCUTI !

So korang tak payah nak bersesak dengan orang lain yang tengah berseronok beraya di kampung. Kalau keluarga korang jenis yang suka travel dari satu negeri ke satu negeri untuk menziarahi keluarga jauh, korang dah tak payah pening-pening rumah siapa yang korang nak tumpang nanti.

Hanya ambil masa korang dan checkidout deals dekat  Traveloka. Mungkin tahun ni korang tak dapat balik beraya di kampung macam aku, tapi tak salah korang plan nak travel untuk pergi ziarah sanak-saudara selepas berhari raya, kan? Kadang benda ni kena plan awal-awal, biasalah musim perayaan memang comfirm jalan jammed.

Jalan kampung yang biasanya selengang-lengangnya pun boleh jadi jammed bila musim perayaan. Bila korang plan perjalanan dan aktiviti korang, mungkin korang dah tak perlu nak menghadap jalan jammed lagi. So fikir yang terbaik.

SERONOKNYA RAYA BILA DAPAT BERCUTI !

Sambil korang deals hotel dekat Traveloka tu, apa kata korang checkidout sekali kot-kot ada deals tiket flight ke destinasi yang menarik. Kot-kot tiba-tiba teringin nak honeymoon pulak kan? Kemonnn.... honeymoon tak payah tunggu lepas kahwin pun.

Kalau bukan honeymoon, korang boleh je travel secara solo atau grouping travel kan? Masa ni lah korang boleh tengok deals yang best-best. Mana tahu boleh jimat sikit untuk kos pengangkutan dan penginapan, bolehlah guna balance duit tu untuk shopping pula. Huhu...

Haaa korang tunggu apa lagi??? Jom cepat checkidout kat Traveloka! Mana tahu rezeki korang dapat tempat best-best!

3 comments:

  1. Best kan Traveloka apps...akak suka

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ketupat palas..
    Dengan traveloka memang mudah nak rancang perjalanan..

    ReplyDelete
  3. aidilfitri jatuh pada waktu cuti skola, memang heaven la kan, auni.
    relex aje. tak terkejar-kejar nak keje, nak sekolah...

    ReplyDelete