SINOPSIS SPICY KILLERS : KARI DAGING MANUSIA

SINOPSIS SPICY KILLERS : KARI DAGING MANUSIA  - Apa perasaan korang, makan kari daging yang sedap, tetapi daging itu sebenarnya daging manusia? Awalnya aku tengok cerita ni, aku ingatkan cerita Thailand. Padahal terang-terang dia cakap Cina. Aku fokus tengok jalan cerita je, tak dengar pun bahasa apa diorang guna.

Jalan cerita dalam filem ini, adalah pertama di Malaysia rasanya. Filem ini adalah garapan James Lee. Yang biasa tengok filem garapan James Lee, mesti tahu banyak cerita dia best-best. Aku suka juga idea dia.

By the way, dari carian Google, nama filem ini mungkin berlainan dengan Astro Citra punya tayangan. Kalau di Google, nama filem ini adalah Claypot Curry Killers. Filem ini pernah di-ban oleh Lembaga Penapis Filem (LPS), hingga memaksa krew mereka membuat dua versi. Itupun asalnya masih tak lulus. 

SINOPSIS SPICY KILLERS : KARI DAGING MANUSIA

JUDUL : SPICY KILLERS
GENRE : Seram, Aksi, Jenayah
PENGARAH : James Lee
PENERBIT : Tayangan Unggul Sdn Bhd , Hadir Dinamik Sdn Bhd
PELAKON : Debbie Goh, Mandy Chen, Olivia Kang, Pearlly Chua, Steve Yap, Jeff Chin, Wong Wai Hoong, Ernest Chong, Elvis Gan, Goh You Ping, Sunny Pang, Alan Cheong & Kok Jia Xian

SINOPSIS SPICY KILLERS
Puan Chew (Pearlly Chua) mempunyai tiga anak perempuan. Suaminya pemabuk dan kaki judi. Pada suatu malam, selepas pulang dari berniaga di gerai kecil, dia mendapati anak sulung mereka, Xi Xi dirogol bapanya sendiri.


Chew cuba menghalang tetapi dia dipukul dan disepak terajang. Xi Xi yang sempat melarikan diri datang membawa pisau lalu menikam bapanya. Chew yang tidak dapat membendung kemarahan menamatkan riwayat suaminya.

Kerana ingin menghilangkan bukti dan disebabkan terlalu benci, mayat suaminya dilapah dan dijadikan resepi terbaru kari daging yang dimasak di dalam mangkuk tanah liat. Asalnya pelanggan mereka pelik dengan rasa kari yang dimasak, tidak lama kemudian, semuanya memuji bahawa kari yang dimasak Puan Chew sangat sedap.

Kesedapan kari itu membuatkan perniagaan Puan Chew maju, lantas mendesak dia anak-beranak untuk mencari mangsa seterusnya.


Selang beberapa tahun, anak-anak Puan Chew sudah dewasa. Xi Xi (Debbie Goh), adalah anak yang paling cantik ditugaskan untuk menjerat lelaki hidung belang dan jahat, lalu lelaki itu dibawa ke rumah untuk ditumpaskan oleh anak kedua, Xi Yu (Mandy Chen). Sementara anak ketiga, Xi Mei (Olivia Kang) hanya disuruh fokus belajar.


Kekalutan mula terjadi apabila Chef Zou (Jeff Chin) iaitu tukang masak yang popular ingin menawarkan peluang perniagaan sekaligus mendapatkan resepi rahsia Puan Chew. Walaupun ditolak secara baik, Chef Zou dan konco-konconya tetap memaksa menyebabkan Puan Chew sekeluarga menganggap mereka sebagai ancaman.


Dalam masa sama, Puan Chew dan Xi Xi berusaha untuk menghalang Xi Yu dan Xi Mei dari jatuh cinta. Mereka berniat menghapuskan lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup mereka sekeluarga.

Boleh kata, dalam filem ini, keluarga Puan Chew seakan anti pada kaum lelaki. Memang watak lelaki dalam cerita ni semua jahat. Sakit hati aku tengok. Cuma, filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas. Ada adegan berupa seksual dan ngeri.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. ada tengok iklan dia, memang tak sabar nak tengok movie ni.

    ReplyDelete
  2. Teringat satu cerita (korea or jepun), dia bunuh suami dia then masak daging suami pastu hidangkan kat jiran huhu

    ReplyDelete