RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD CAMPAK-CAMPAK

RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD CAMPAK-CAMPAK - Dekat rumah Mama ni, kalau beli roti, jarang sangat boleh habis. Bila tak habis, lama-lama berkulat lah kan? Mama letak roti tu dalam peti ais, aku bercadang nak buat puding roti.

Puding roti memang favourite aku. Lebih lagi bila makan dengan sos kastard. Layan gila uiiii. Aku kalau makan ini je comfirm gemuk. Resepi ni aku ambil dari blog Cik Epal, cuma aku durhaka sikit lah.

RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD CAMPAK-CAMPAK

RESEPI PUDING ROTI CAMPAK-CAMPAK
Bahan-bahan :
(A)
10 keping roti - koyak-koyakkan

(B)
3 cawan fresh milk
2 sudu besar gula
2 sudu mentega/marjerin cair
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 kotak kismis (1 kotak pun boleh, aku suka lebih)

Cara-cara :
Cara aku senang je, bancuh semua bahan B tu dalam bekas besar, lepas tu rendam roti yang korang koyak tu dalam bancuhan B.

Lepas tu sapu mentega atau marjerin dalam dulang, cedok roti kembang dengan bahan-bahan rendaman tu sekali. 

Panaskan oven selama setengah jam dengan suhu 200'c, lepas tu bakar dalam 30min-40mins, api atas dan bawah.

RESEPI SOS KASTARD
1 tin susu cair
3/4 cawan fresh milk
2 sudu besar gula
2 sudu besar kastard
.
Campur semua bahan dan kacau hingga pekat. Lepas tu bolehlah makan dengan puding roti tu. Haaa siap dah.

Padahal resepi puding roti ni dah bersepah kat mana-mana. Tapi sejenis Auni Afiqah memang suka share apa-apa pun. Lulsss. Selamat mencuba !

2 comments:

  1. kdg2 kak pip buat juga puding roti ni bila tori tak habis...
    tapi tak pernah lagi try buat sos kastard tu ...
    tq share.

    ReplyDelete