ADA TIGA JENIS MANGSA PRODUK BERMERKURI YANG PERLU KORANG TAHU

ADA TIGA JENIS MANGSA PRODUK BERMERKURI YANG PERLU KORANG TAHU  - Lama dah aku tak tulis pasal kecantikan sebab aku bukan jenis yang menjaga kecantikan sangat. Dulu je la, sejak dah tua ni, aku macam redha je kalau aku tak cantik. Kah !

So, aku dapat satu info ni which aku tak ingat aku dapat dekat mana. Cuma aku rasa bermanfaat untuk korang yang obses cantik lepas tu bakal merana in future. Aku sejenis yang tak faham kenapa ada makhluk hawa yang obses sangat nak putih flawless. Aku paling suka tengok omputeh yang muka jeragat membiak atas muka, still confidence nak bergaul dengan orang ramai.

Well, kita tahu, kulit kita ni berbeza-beza. Ada yang sensitif, ada yang tak berapa nak sensitif dan normal. Maka, kesan merkuri pada kulit juga berbeza-beza. So jom kita study sikit, at least korang takde la berlapang dada sangat kalau korang berhenti pakai sesuatu local product tu, muka korang tak jadi apa-apa. Sebab ada sejenis kulit yang lambat bagi respon terhadap mercuri tau !

ADA TIGA JENIS MANGSA PRODUK BERMERKURI YANG PERLU KORANG TAHU

TIGA JENIS MANGSA PRODUK KOSMETIK BERMERKURI

MANGSA 1 : Bila mangsa memakai produk bermerkuri, muka akan berasa gatal dan kemerah-merahan. Untungnya mangsa ini sebab kulit mereka boleh detect andai produk yang digunakan ada merkuri. Kalau terjadi, segera tinggalkan produk tersebut.

MANGSA 2 : Masa pakai produk tinggi merkuri, muka mereka akan kelihatan cantik, glowing, flawless & gorgeous. Tapi bila stop, perlahan-lahan kulit akan ditumbuhi jerawat nanah yang bengkak-bengkak. Sinptom ni memang banyak terjadi dikalangan orang Malaysia.

MANGSA 3 : Konsisten pakai produk bermerkuri lebih kurang 2-3 tahun. Bila stop pun kulit tak naik apa-apa, takde masalah langsung. Tapi kena ingat, andai korang mangsa yang ke-3 ni PALING BAHAYA. Sebab, merkuri dan perlahan-lahan makan organ dalaman, badan akan jadi cepat lesu, demam, migrain, dan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf. Bagi ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan anak, ianya boleh mengganggu perkembangan anak-anak jugak.

Image result for mercury element
Merkuri

Yang ketiga ini banyak je terjadi pada rakyat Malaysia juga. Yang paling tak boleh blah, ada yang angkuh mendabik dada bila tak ada apa-apa jadi pada kulit diorang. Kalau korang nak tahu, produk bermerkuri ni ambil masa untuk respon bergantung pada kulit dan berapa lama korang pakai sesuatu produk tu.

Bayangkan, merkuri bertaburan dalam rumah pun orang panggil bomba, inikan ditonyoh-tonyoh pada kulit. Aduhai...... hmm, suka aku pesan banyak kali, biarlah muka tak cantik dari mencari penyakit. Kau tahu tak jadi pesakit ini sungguh tak best. Jangan nanti dah sakit terus kau salahkan tuhan sambil menangis "YA ALLAH, APA DOSA AKU HINGGA DIUJI BEGINI???"

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment