KENALI APA ITU DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER

KENALI APA ITU DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER - Lama aku tak menaip pasal masalah melibatkan jiwa dan mental ni. Aku sebenarnya suka belajar pasal psikologi cuma nak teruskan belajar tu aku memang tak mampu sebab masa aku banyak dekat hospital.

Malaysia pernah kecoh mengenai artis yang suka buat LIVE merapu dan mengarut. Ada yang anggap artis itu dah gila. Ada juga yang kata dia sesat. Aku kesian juga, bila baca komen-komen macam tu. Kita pun tak tahu apa masalah yang dia hadapi, kan?

Apa yang aku faham, simptom ini lebih dikenali sebagai Dissociative Identity Disorder. Mungkin nama ini agak rare, tapi banyak berlaku pada manusia yang hadapi tekanan.

KENALI APA ITU DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Source : http://www.oneworldnews.com

APA ITU DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER?

Dulunya dikenali sebagai Multiple Identity Disorder, kemudian diberi nama baru - Dissociative Identity Disorder (DID) , dimana pengidap penyakit ini memiliki keperibadian dan karakter yang berganda. Ianya bergantung kepada situasi, kondisi juga interaksi sosial.

DISSOCIATIVE jika dalam Google Translate, perkataan ini berasal dari Roman, yang bermaksud "yang memisahkan". Ianya menggambarkan bahawa pengidap DID mengalami gejala terputus satu hubungan antara pemikiran, perasaan dan tindakannya dalam sesuatu situasi. Mereka menjadi tidak fokus.

PENYEBAB DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER (DID)

Apa yang aku baca, pengidap DID mungkin pernah mengalami kekerasan dizaman lampau contohnya dari segi gangguan seksual dan dipukul secara teruk hingga mengganggu emosi dan jiwa. Trauma terhadap sesuatu keadaan juga punca DID terjadi.

Untuk mengenali lebih jelas tanda-tanda DID, korang boleh baca dekat wikihow.com . Actually DID ni lebih kepada Split Identity jugak. Korang boleh layan filem SPLIT lakonan James Mc'Avoy. Kalau tengok lama-lama, macam seram jugak. Sebab kita macam tak kenal siapa dia yang sebenarnya.

Seeloknya jika menyedari korang ada tanda-tanda penyakit DID, segeralah berjumpa Pakar Psikatri sebelum lebih melarat. Kalau melarat, sukar untuk dirawat.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment