KENTANG SPICY TEPUNG BESTARI

KENTANG SPICY TEPUNG BESTARI - Hujan-hujan ni perut aku jadi cepat lapar. Mula nak minum susu je tapi sebab perut aku tak dapat menampung cecair berlebihan, aku tiba-tiba teringat kentang spicy jualan adik yang sama sakit dengan aku, Fara.

Fara memang buat niaga kentang spicy secara sambilan untuk budak-budak sekolah. Aku pun rasa macam nak mulakan perniagaan. Ingatkan nak buat makanan Korea sebab area Rawang ni macam tak ada pun yang buat makanan Korea. Haha !

Ok, beralih pada cerita kentang spicy. Kentang ada banyak dekat rak dapur Mama so untuk mengelakkan kentang tersebut membusuk, ada baiknya aku buat je kentang spicy. Tepung bestari pun ada. Ngehngehngeh ~~ 

KENTANG SPICY TEPUNG BESTARI

So aku minta tolong tuan suami kupaskan kentang 3 ketul, aku potong kentang bentuk jejari, seterusnya rendam kentang dalam air sejuk berais. Sebab rendam dalam air sejuk berais? Mungkin nak buang sikit kanji-kanji tu. Itu mengikut teori aku lah.

Ok, rendam kentang dalam air sejuk atau korang rendam dalam peti sejuk semalaman. Macam aku tadi takde lah sampai semalaman. Aku rendam setengah jam je dengan air sejuk Coway campur ais batu.

Dah nama tajuk pun Tepung Bestari so korang kena lah ada Tepung Bestari Hot & Spicy.  Aku ambil sebiji telur, bancuh dengan sedikit tepung Bestari, dan gaul dengan kentang. Perap lah dalam setengah jam juga.

Lepas tu aku gaul rata dengan lebih tepung Bestari. Kalau korang rasa nak salut setiap jejari kentang tu, buat lah satu-satu. Aku gaul je semua, goreng, senang. Malas nak buat banyak kerja. Masuk perut bercampur juga, gituuuu..

Well, aku macam tak sure ini entri resepi ke apa. Agak-agak faham, korang bolehlah praktikkan. Okbai.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment: