KRONOLOGI PEMBEDAHAN PEMBUANGAN TIROID DAN LYMPHA, DAN SEBELUM AKU DISAHKAN MENGIDAPI KANSER TIROID

KRONOLOGI PEMBEDAHAN PEMBUANGAN TIROID DAN LYMPHA, DAN SEBELUM AKU DISAHKAN MENGIDAPI KANSER TIROID - Panjang pula tajuk, sepanjang cerita yang aku nak kongsikan. Siapa sudi baca, terima kasih. Siapa malas baca pun aku ucapkan terima kasih juga.

Hampir tiga minggu selepas aku menjalani pembedahan membuang tiroid dan lympha. Kesakitan masih terasa tapi aku anggap ianya perjuangan hidup aku. Aku bukanlah kuat sangat. Mungkin kalau aku masih di wad, aku tidak sekuat ini. Enviroment di rumah saja buat aku tenang dan kuat.


Berbalik kepada cerita, aku dah pernah cerita dalam Facebook tapi tak berapa detail. So dalam entri kali ni aku nak cerita detail sikit lah walaupun mungkin tidak sepenuhnya.

SEBELUM DISAHKAN MENGIDAPI KANSER TIROID
Pada 18 May 2018, aku telah menjalani pembedahan buang paratiroid. Bagi pesakit Kegagalan Buah Pinggang macam aku, paratiroid ini harus dibuang untuk mengelakkan Phosphate memakan kalsium, yang boleh menyebabkan tulang rapuh.

Alhamdulillah pembedahan sudah berjaya dan aku berasa sihat sikit dari sebelum itu. Namun hari ke hari, badan aku mula rasa kebas dan tidak tentu arah. Selang beberapa minggu, doktor menghubungi Mama aku, dan minta kami datang ke hospital.

Sebelum itu, sel paratiroid dihantar ke makmal dan hasil ujian terhadap sel paratiroid aku, doktor mengesahkan aku mengalami kanser tiroid atau lebih dikenali sebagai Papilarry Thyroid Carcinoma.

Waktu terima berita dari mulut doktor, aku terpinga kejap dan tiba-tiba aku sebak. Susah awalnya terima hakikat bila dikurniakan satu lagi penyakit tapi kejap je aku down. Seterusnya aku cuba kuat dan terus kuat.

SELEPAS DISAHKAN MENGIDAPI KANSER TIROID
Pelbagai scan di buat pada aku dan doktor suggest untuk aku buang tiroid dan juga lympha node. Masa tu aku hanya cakap pada doktor, buat saja apa yang perlu, aku malas nak fikir.

Sementara itu, aku menjalani CT Scan dan biopsy untuk recomfirm tentang kanser tu. Selepas doktor puas hati, terus doktor bagi date operation.

KRONOLOGI PEMBEDAHAN PEMBUANGAN TIROID DAN LYMPHA, DAN SEBELUM AKU DISAHKAN MENGIDAPI KANSER TIROID

Walaupun doktor dah bagi date operation, tapi aku macam blur so aku ingat lambat lagi. Tiba-tiba masa aku kemas rumah, doktor call suruh aku jumpa pakar bius petang tu juga. Aku memang stress gila. 13 Ogos 2018 aku jumpa pakar bius. 14 Ogos 2018 aku masuk wad dan 15 Ogos 2018 aku menjalani pembedahan.

14 Ogos 2018 : Aku daftar masuk wad dan terpaksa tunggu lama sebab tak ada katil kosong. Masuk wad je aku dah mula rimas tengok ada kaum nenek-nenek yang meracau mungkin sebab Urea tinggi. Aku cuba faham keadaan tapi seriously aku serabut sangat-sangat. Aku menangis. Lepas tu dah malam sikit, Mama datang bawa kipas. Masa aku nak mandi, aku tergelincir dalam bilik air. Kau imagine la esok nak operation, harini jatuh bilik air.

KRONOLOGI PEMBEDAHAN PEMBUANGAN TIROID DAN LYMPHA, DAN SEBELUM AKU DISAHKAN MENGIDAPI KANSER TIROID
- Sebelum pembedahan -

Umum tahu walaupun aku dah kahwin, tetapi aku masih depends dengan Mama, sebab Mama yang jaga aku sejak aku sakit dari kecil. So Mama lebih faham semuanya. Hari aku masuk wad, Mama teman aku. Pembedahan yang dijangka tengahari, berlarutan hingga ke petang. Aku mula dibedah dalam pukul 3:00 petang.

15 Ogos 2018 : Malam sebelumnya, doktor kata aku akan masuk dewan bedah dalam pukul 11:30am. Tapi aku dengan Mama tunggu lama. Pukul 2:35pm baru aku ditolak masuk.

Sebelum dibedah, aku mohon kemaafan semua orang dan sebelum ditolak masuk, aku nampak Mama menangis. Aku cuba tahan tangisan aku tapi aku kalah. Fikiran aku ketika itu asyik Mama je. Sehinggalah aku disedarkan kembali dari bius, mulut aku asyik panggil Mama.

Sebelum aku ditolak masuk kembali ke dalam wad, Mama cakap aku sangat lama di ruang pemerhatian sebelum disedarkan kembali. Sebab blood pressure aku turun naik dan aku hampir dimasukkan ke dalam ICU.

Sesungguhnya, pembedahan kali ini berbeza daripada pembedahan paratiroid sebelum ini. Kali ini, aku banyak menangis dan aku rasa tidak selesa. Ketika ini, aku rasa kalah dalam perjuangan. Susah untuk aku tunjuk aku kuat. Paling aku sedih, bila aku TERPAKSA susahkan Mama dan melihat Mama tidur di atas lantai. Allahu... ingin saja aku suruh Mama balik rumah masa tu tapi dalam masa yang sama aku sangat perlukan Mama.

KRONOLOGI PEMBEDAHAN PEMBUANGAN TIROID DAN LYMPHA, DAN SEBELUM AKU DISAHKAN MENGIDAPI KANSER TIROID

Selepas pembedahan, muka aku sangat bengkak dan senget. Tulang belakang aku sangat sakit. Aku dipasang drained tube sampai dua. Dengan wad yang panas sangat, Tuhan je tahu apa aku rasa ketika itu. Kesian Mama yang perlu layan aku macam aku seorang bayi. Bukan aku sengaja buat mengada, tetapi kali ini, aku betul-betul rasa sakit.

Kalau sebelum ni semasa pembedahan paratiroid, aku harap orang ziarah aku, kali ni aku memang taknak terima kehadiran pelawat. Aku jadi terlalu letih. Nak dialisis pun aku malas sangat sebab aku tak dapat handle kesakitan aku.

Hingga kini aku tak mampu angkat tangan tinggi dan ikat rambut. Nak ikat rambut, perlu baring. Tulang bahu aku rasa jatuh je. Nak menelan pun rasa ngilu dan tempat pembedahan masih terasa ngilu juga. 

Bukan senang untuk aku lawan perasaan aku bila dikurniakan pelbagai penyakit, lebih lagi kesakitan itu aku selalu rasa. Tetapi aku selalu cuba kuat. Aku, masih lagi dalam proses pemulihan. Sekarang ini aku tunggu rawatan Radioactive Iodine.

Motif aku cerita, adalah ingin bagitahu, dugaan kita berbeza. Tapi jika kita hanya diuji sikit, janganlah mengeluh kerana ada orang dugaannya lebih besar.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Semoga Allah mempermudahkan semua urusanmu dik, dari dunia hingga akhirat. Aamiin..

    ReplyDelete