MAKAN DI SOPOONG MYTOWN SHOPPING CENTRE CHERAS

MAKAN DI SOPOONG MYTOWN SHOPPING CENTRE CHERAS -  Haritu adik aku ada cerita pasal dia makan dekat Melawati Mall, lepas tu kawan dia ajak dia pergi makan dekat "So-Tong" . Aku dah tergelak dah. Lepas tu aku saja la check ruangan F&B dekat MyTown Shopping Centre Cheras, rupanya nama kedai makan tu Sopoong.

MAKAN DI SOPOONG MYTOWN SHOPPING CENTRE CHERAS

Bila dah tahu ada dekat MyTown, aku pun rasa nak cuba sebab selalu makan dekat Gomonae, Ampang Point. Tapi aku susah lah nak pergi Ampang Point tu sebab nak tolak tuan suami yang naik wheelchair so susah.

So, berbalik pada cerita tadi, semalam lepas dialisis, aku terus ajak tuan suami pergi ke Sopoong sebab tekak memang teringin sangat nak makan Nasi Goreng Kimchi. Kebetulan tuan suami ada rezeki lebih haritu. Bila dah sampai Sopoong aku terus order Nasi Goreng Kimchi dan Ya Allah..... tekak aku betul-betul menikmati. Sedap di tekak aku.

MAKAN DI SOPOONG MYTOWN SHOPPING CENTRE CHERAS
KIMCHI FRIED RICE - RM 14.90

Puas aku tanya tuan suami nak makan apa. Dia kemain lah selak-selak menu tu kedepan kebelakang. Bengang pula aku. Tapi kalau aku jadi tuan suami pun aku blur juga sebab menu dia memang banyak gila! Kalau jenis bernafsu macam aku, rasa nak order semua padahal perut sempit, poket pun sempit juga. Lolssss.. Lastly tuan suami order Cheese Dakgalbi sebab haritu dia nak makan Cheese Dakgalbi tak dapat. Set Cheese Dakgalbi ni didatangkan dengan nasi putih.

CHEESE DAKGALBI - Harga Tak Ingat

Aku perati je tuan suami makan and seem he's so enjoyed with his meal. Takde lah frustrated buat muka keji macam makan dekat satu tempat haritu. Haha ! Satu tempat kami pergi tu tasteless sangat. Yang ni tuan suami makan sampai licin. Tak share dengan aku pun tau.

GIMBAB + TOPOKKI 1/2 : RM 18.90

Sebabnya aku order set di atas adalah kerana aku teringin nak makan gimbab dengan topokki juga. Aku memang suka topokki sebab dia chewy. Kau abaikan mangkuk comot tu. Dah sampai rumah baru aku sedar mangkuk tu comot. Aku memang tak pandai nak ambil gambar lawa-lawa. Handphone pun cikai je.

Okay, set ni korang akan dapat gimbab, topokki 1/2 berserta air greentea. Aku pesan yang sejuk so memang dah makan benda masin masam pedas ni. rasa refreshing lepas minum greentea sejuk.

Nak repeat ke? Aku memang nak repeat sebab :
1) Makanan sedap di tekak aku 
2) Harga berbaloi dengan makan
3) Servis cepat
4) Staff semua orang kita & friendly

InsyaAllah, bila ada rezeki :)

SOPOONG MYTOWN SHOPPING CENTRE
B1-070, MyTOWN Shopping Centre,
Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur.
03-9770 3379

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Mungkin boleh cuba mkn kat sini nanti. Bkn fans kfood tp nak cuba

    ReplyDelete