MINYAK ARGAN ELOK UNTUK RAMBUT GUGUR

MINYAK ARGAN ELOK UNTUK RAMBUT GUGUR - Rambut ni mahkota setiap wanita. Dan keguguran rambut dengan wanita memang berpisah tiada. Kalau tak banyak, sikit pun mesti ada. Tapi kalau dah banyak sangat rambut gugur, down juga walaupun bertudung, kan?

Aku dah lama guna minyak argan ni sebab aku dah cuba macam-macam jenis produk dan petua supaya rambut aku kurang gugur namun masih gugur dengan jayanya. So aku minta suggestion dari kawan-kawan dan ada yang suggest pada aku minyak argan.

MINYAK ARGAN ELOK UNTUK RAMBUT GUGUR

Aku beli minyak argan ini dekat Lazada je. 60ml dua botol dalam RM30++. Tahan lama, lepas tu aku suka sebab bau dia wangi.Tekstur dia takdelah macam kau pakai minyak zaitun. Bagi aku memang dia tak berminyak sangat.

KEBAIKAN MINYAK ARGAN PADA RAMBUT
⏩ Boleh memperbaiki rambut yang kering dan rosak
⏩ Melembutkan tekstur rambut
⏩ Mengurangkan kelemumur
⏩ Melindungi rambut dari terus rosak
⏩ Kawalan rambut gugur

Cara pemakaian : Ambil sedikit minyak argan dan urut pada rambut separuh lembab, selepas mandi.

So far aku pakai minyak argan ini lebih kurang 2 bulan (sebelum pembedahan tiroid ) dan memang rambut aku kurang gugur. Baru je nak happy rambut dah tak gugur, aku jalani pembedahan pula yang menyebabkan hormon aku berlari-lari. So aku alami kembali keguguran rambut. Haha !

MINYAK ARGAN ELOK UNTUK RAMBUT GUGUR

Korang janganlah expect pakai dua tiga kali dah bagi kesan. Aku pakai lebih kurang dua bulan kot baru nampak hasil. Aku suka minyak argan ni sebab bau dia wangi. Aku guna brand Hair Salon ni. Kalau brand lain aku tak sure lah pula bau dia.

Sekian.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. oo..ni tak berminyak sgt yea, auni..k.fiezz ada gak minyak argan kat rumah tu..tpi bila apply kat rambut, nmpk benor berminyak...x selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah so far auni pakai yang ni tak rasa berminyak sangat pun. Kalau minyak zaitun pakai sikit dah berminyak kaw-kaw. Huhu

      Delete