REVIEW AKU TENTANG FILEM MUNAFIK 2

REVIEW AKU TENTANG FILEM MUNAFIK 2 - Aku sebenarnya kan dah lama sangat tak tengok wayang. Yela, tuan suami sakit, tak boleh jalan lepas kena serangan mild-stroke bulan April haritu. Sekarang tuan suami duduk atas wheelchair je. Aku banyak kali fikir, macam mana aku nak ajak tuan suami tengok wayang?

Lepas tu tiba-tiba dapat idea. Ching !!! Terus tanya dekat Facebook. Ada tak panggung wayang yang mesra OKU? Lepas tu ada lah dua tiga orang yang suggest MBO Cinema. Ada juga yang suggest Golden Screen Cinema di MyTown Cheras.

Tuan suami nak sangat tengok filem Munafik 2, sama lah dengan aku pun. So kami decide pergi je lah MyTown Cheras sebab dekat situ macam selesa, parking pun senang. Tapi aku cakap juga dengan tuan suami, try tanya je kalau ada mesra OKU.

Kami ke Golden Screen Cinema, tanya staff dekat situ dan yes, memang disitu ada lif khas untuk OKU. Aku puas hati sangat. Servis memang aku anggap agak berunsur kemanusiaan juga lah. So, meh lah baca review aku tentang filem Munafik 2.

REVIEW AKU TENTANG FILEM MUNAFIK 2

JUDUL : MUNAFIK 2
GENRE : Seram, Mistik
PENGARAH : Syamsul Yusof
PENERBIT : Skop Productions
PELAKON : Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Iman Sophia, Ku Faridah, Mawi

SINOPSIS MUNAFIK 2
Mengisahkan kesinambungan perjuangan Ustaz Adam menentang godaan iblis. Di sebuah kampung, tinggal seorang lelaki bernama Abuja, yang mengamalkan ajaran sesat. Sesiapa yang tidak mahu mengikut ajarannya, mereka akan dibunuh. Orang kampung ramai yang mengikut ajaran Abuja.

Abuja menyukai Sakinah, iaitu anak perempuan kepada Imam Malik, yang juga merupakan seorang ibu tunggal. Sakinah mempunyai anak bernama Aina. Abuja menyuruh Sakinah mengikut ajarannya tetapi kerana terlalu cintakan Islam, Sakinah sanggup disihir serta disakiti dan tidak mahu mengikut ajaran Abuja.

REVIEW AKU TENTANG FILEM MUNAFIK 2

REVIEW MUNAFIK 2
⏩ Bagi aku, filem ini sarat dengan pengajaran dan sindiran pada mereka yang suka menghakimi orang dari luaran.

⏩ Bab suspen pula, babak terkejut seakan boleh di-agak. Kalau korang jenis yang suka tengok cerita seram, memang korang akan get ready je untuk rasa terkejut. Aku tengok dalam mood relaks je, tuan suami yang asyik terkejut. Kah !

⏩ Aku memang respect dengan Syamsul Yusof sebab aku rasa dia memang buat research sebelum buat filem ini. Memang tidak mengecewakan. Tuan suami yang tak suka tengok filem Melayu pun, ajak aku menonton lagi sekali.

⏩ Sound memang best, rasa macam ada dalam filem tu sekali. Aku memang tabik watak Nasir Bilal Khan sebagai Abuja, memang menjadi-jadi sifat iblis dia.

⏩ Storyline twisted. Korang memang tak sangka. Tapi aku taknak bagi spoiler lah, korang tengok sendiri.

⏩ Ada yang kata Munafik 1 lagi best, bagi aku, yang kedua ini lebih bermain dengan jiwa aku. Pendapat masing-masing lah ye?

⏩  Aku bagi 8.5 / 10 , aci ke tidak? Aku pun rasa macam nak tengok lagi.  Anyway tahniah Syamsul Yusof. Aku harap ada lagi buah tangan beliau yang best-best lepas ni. InsyaAllah.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment: