SINOPSIS BLIND [FILEM KOREA] : MENDENGAR UNTUK MEMPERCAYAI

SINOPSIS BLIND [FILEM KOREA]  : MENDENGAR UNTUK MEMPERCAYAI - Dah lama rasanya tak layan Korean Movie. Actually aku lebih suka layan Korean Movies daripada Korean Drama. Sebab kalau drama macam lambat je nak tunggu. 

So, aku nak share Korean Movie yang baru aku tengok. Best jugak. aku suka Korean Movie ni sebab jalan cerita dia, banyak yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita jugak sebenarnya

SINOPSIS BLIND [FILEM KOREA]  : MENDENGAR UNTUK MEMPERCAYAI

JUDUL : BLIND
GENRE : Filem, Jenayah
PENGARAH : Ahn Sang-Hoon
PELAKON : Kim Ha-Neul, Yoo Seung-Ho, Hie-Bong Jo & Yang Yeong-Jo

SINOPSIS
Mengisahkan seorang polis latihan wanita bernama Soo-ha. Satu malam dia pergi ke sebuah kelab tarian untuk membawa adiknya pulang. Adiknya memberontak dan Soo-ha terpaksa menggari adiknya di dalam kereta.

Adiknya ingin mengambil kunci didalam kereta itu dan terjadi pergelutan antara Soo-ha dan adiknya. Dan akibat daripada pergelutan itu, mereka kemalangan. Soo-ha tercampak ke luar, manakala adiknya yang masih terikat dengan tangan bergari didalam kereta, mati kerana kereta itu jatuh ke dalam sungai.

SINOPSIS BLIND [FILEM KOREA]  : MENDENGAR UNTUK MEMPERCAYAI

Soo-ha kemudian disahkan buta dan dia hidup bersama anjingnya di sebuah rumah. Soo-ha ingin kembali berkhidmat, namun pegawai tidak mengizinkannya kerana Soo-ha buta dan telah melanggar etika ketika berada dalam latihan.

Esoknya, Soo-ha bertemu penjaganya di rumah anak-anak yatim. Mereka bergaduh kerana Soo-ha masih berasa bersalah atas kematian adiknya. Dia pulang seorang diri. Sedang menunggu teksi, Soo-ha disapa seorang lelaki yang disangkanya adalah pemandu teksi.

Tanpa Soo-ha sedar, lelaki itu cuba menculiknya dan ingin dijadikan mangsa rogol. Namun nasib Soo-ha baik, apabila lelaki itu terlanggar seorang perempuan lain. Awalnya, lelaki itu memaksa Soo-ha kembali menaiki keretanya, namun semasa pergelutan, ada kereta lain melalui kawasan itu dan penjenayah itu melarikan diri dan meninggalkan Soo-ha seorang diri di tengah jalan.

SINOPSIS BLIND [FILEM KOREA]  : MENDENGAR UNTUK MEMPERCAYAI

Soo-ha memberi keterangan tentang insiden itu walaupun polis yang mengambil butiran seakan acuh tidak acuh saja. Akhirnya kes ini mendapat perhatian polis dan orang yang bertanggungjawab untuk menyiasat sepenuhnya kes ini bersama Soo-ha adalah Detektif Jo.

Awalnya Detektif Jo menolak, kerana baginya tidak logik orang buta boleh menjadi saksi kes jenayah, namun kepandaian Soo-ha mengenalpasti sesuatu melalui derianya, membuat Detektif Jo percaya, Soo-ha boleh membantu dalam penyiasat kes ini.

SINOPSIS BLIND [FILEM KOREA]  : MENDENGAR UNTUK MEMPERCAYAI

Untuk mencari suspek, polis menyediakan sejumlah wang untuk sesiapa yang boleh memberi butiran selanjutnya. Pada satu hari, seorang saksi bernama Gi-Seob datang ke balai untuk memberi keterangan. Namun keterangannya tidak diterima dan polis menganggapnya sebagai keterangan palsu.

SINOPSIS BLIND [FILEM KOREA]  : MENDENGAR UNTUK MEMPERCAYAI

Tidak lama selepas itu, Gi-Seob telah diserang oleh penjenayah yang dikenali sebagai Myung-Jin. Myung-Jin adalah suspek utama dalam kes culik, rogol dan bunuh. Namun agak sukar untuk menjejaki Myung-Jin.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment