SINOPSIS DIL HAI TUMHAARA

SINOPSIS DIL HAI TUMHAARA - Selain dari Rani Mukerji, aku paling suka lakonan Preity Zinta dengan Mahima Chaudry. Diorang ni memang cantik semulajadi. Tak mekap pun cantik. Aku tak heran dengan dia punya gelap di bawah mata.

SINOPSIS DIL HAI TUMHAARA

JUDUL : DIL HAI TUMHAARA
PENGARAH : Kundan Shah
PELAKON : Rekha, Preity Zinta, Mahima Chaudry, Arjun Rampal & Jimmy Shergill.

WATAK PELAKON DIL HAI TUMHAARA
Rekha - Sarita
Preity Zinta - Shalu
Mahima Chaudry - Nimmi
Arjun Rampal - Dev Khanna
Jimmy Shergill - Samir

SINOPSIS DIL HAI TUMHAARA
Dil Hai Tumhaara yang bermaksud 'Hatiku Milikmu'. Mengisahkan tentang kehidupan, kekeluargaan dan percintaan. Shalu, seorang gadis muda yang cantik, tinggal bersama ibunya, Sarita, dan kakaknya, Nimmi.


Tanpa pengetahuan Shali dan Nimmi, mereka adalah adik beradik tiri. Shalu adalah anak isteri kedua kepada suami Sarita. Walaupun Sarita yang membesarkan Shalu, namun Shalu sentiasa diketepikan dan kurang mendapat perhatian Sarita. Ini oleh kerana Sarita tidak dapat menerima kenyataan dia ditipu mendiang suaminya.

Shalu bertemu dengan seorang lelaki bernama Dev Khanna. Perlahan-lahan mereka jatuh cinta. Namun, kebetulan Nimmi juga mula menyukai Dev dan menganggap Dev cinta pertamanya. Perkara itu diketahui Sarita dan dia mula bercadang untuk mengahwinkan Nimmi dan Dev dan menyatakan hasrat itu kepada bapa Dev.


Bapa Dev terkejut kerana dia tahu akan hubungan Shalu dan anaknya. Sarita menuduh Shalu cuba merampas Dev dari Nimmi, sama seperti ibu Shalu merampas suaminya. Kerana terlalu marah, Sarita membuka pekung di dada.


Shalu yang terlalu sayangkan Nimmi, berkorban dan melepaskan Dev. Untuk selindung perasaan yang terbuku di hati, Shalu mengatakan dia telah jatuh cinta pada sahabat baiknya, Samir.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment