SINOPSIS KAHIN PYAAR NA HO JAAYE

SINOPSIS KAHIN PYAAR NA HO JAAYE - Siapa peminat filem hindustan mesti suka layan filem hindustan lama kan? Kalau tanya aku, aku lebih suka layan filem lama berbanding filem baru. Mungkin nampak oldschool tapi memang yang lama lebih best dari yang baru.

Aku layan filem Kahin Pyaar Na Ho Jaaye lakonan Salman Khan dan Rani Mukherji ini salah satu filem yang aku suka tengok ulang-ulang. Kahin Pyaar Na Ho Jaaye membawa maksud 'Jangan-Jangan Aku Jatuh Cinta' . Filem ini ditayangkan pada tahun 2000 dimana ketika itu aku berusia 10 tahun.

SINOPSIS KAHIN PYAAR NA HO JAAYE

JUDUL : KAHIN PYAAR NA HO JAAYE
PENGARAH : K. Muralimohana Rao
PELAKON : Salman Khan, Rani Mukerji, Raveena Tandon, Jackie Shroff, Pooja Batra, Reema Lagoo, Mohnish Bahl, Inder Kumar Sarraf & Shakti Kapoor

WATAK :
Salman Khan - Prem Kumar
Rani Mukerji - Priya Sharma
Raveena Tandon - Nisha
Jackie Shroff - Tiger
Pooja Batra - Mona
Mohnish Bahl - Vinod
Inder Kumar Sarraf - Rahul

SINOPSIS KAHIN PYAAR NA HO JAAYE

SINOPSIS KAHIN PYAAR NA HO JAAYE
Mengisahkan tentang dua orang insan yang asalnya masing-masing mempunyai kekasih, namun akhirnya mereka berdua bercinta. Prem Kumar, merupakan seorang penyanyi dan tinggal bersama kakak dan abang ipar, serta dua orang anak saudaranya.

Pada satu hari, seorang gadis bernama Priya Sharma, berdiri di depan rumah mereka untuk bertanyakan tentang sepupunya, Mona. Namun keluarga Prem menyangka Priya adalah Nisha, kekasih Prem.

SINOPSIS KAHIN PYAAR NA HO JAAYE
SINOPSIS KAHIN PYAAR NA HO JAAYE

Sejak dari peristiwa itu, Prem dan Priya berkawan baik. Mereka sering berkongsi cerita dan Prem tidak kekok untuk bercerita tentang Nisha kepada Priya.

Namun, perkara menyedihkan berlaku di hari pertunangan Prem dan Nisha. Nisha tidak hadir pada majlis pertunangannya atas alasan dia perlu berkahwin dengan orang lain yang lebih kaya untuk membantu kos rawatan adiknya yang menghidapi kanser.

SINOPSIS KAHIN PYAAR NA HO JAAYE

Prem begitu kecewa. Dan disaat dia dilanda kekecewaan, Priya hadir memberi ketenangan. Hati Prem ketika itu sedikit sebanyak terpaut pada Priya. Dan ketika hatinya sudah mula mencintai Priya, dia diberitahu bahawa Priya akan melangsungkan pertunangan bersama Rahul, jodoh yang dipilih oleh ibunya, iaitu jejaka yang menetap di Amerika Syarikat.

SINOPSIS KAHIN PYAAR NA HO JAAYE

Sekali lagi Prem kecewa namun dia tetap menjadi kawan yang baik untuk Priya. Dalam masa yang sama, Prem masih berharap Priya membalas cintanya. Di majlis pertunangan Priya dan Rahul, Prem seboleh-bolehnya menyimpan perasaan cemburu.


Rupa-rupanya, tanpa disedari, Priya juga menyimpan perasaan pada Prem. Perkara itu disedari Priya setelah dia melihat Prem menari dengan sahabat baiknya, Mona. 


Setelah beberapa lama tidak berhubung dengan Nisha, tiba-tiba Nisha munculkan diri di hadapan Prem dan meminta supaya hubungan mereka diteruskan. Tetapi Prem menolak dengan alasan dia kini terlalu mencintai wanita lain.

Konflik akhirnya terungkai selepas Prem mengejar Priya dan Rahul yang ingin melangsungkan perkahwinan di Taj Mahal secepatnya selepas Priya mendapati Nisha bertemu Prem. Prem dan Priya akhirnya sama-sama meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Happy ending :)

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment