SINOPSIS KASIH SEORANG BANDUAN TV3

SINOPSIS KASIH SEORANG BANDUAN TV3

SINOPSIS KASIH SEORANG BANDUAN
Sakinah merupakan seorang pengedar dadah. Dia telah diberkas polis sesudah melahirkan anak luar nikah yang diberikan nama Syamil. Syamil dijaga oleh sepasang suami isteri muallaf, iaitu Peter dan Sarah yang juga merupakan jiran kepada Sakinah.

Syamil membesar menjadi seorang anak yang baik dan dia disenangi oleh ramai orang. Malangnya hidup Syamil, adalah apabila rumah ibubapa angkatnya terbakar dan telah mengorbankan nyawa Peter dan Sarah.

Oleh kerana sedih, Syamil mengambil keputusan untuk menjadi bilal masjid di kawasan perumahannya itu. Sakinah pula dibebaskan awal kerana berkelakuan baik. Sakinah bertekad pergi ke tempat tinggalnya dulu kerana ingin menemui Syamil.

No comments:

Post a Comment