SINOPSIS THREAD OF LIES (FILEM KOREA)

SINOPSIS THREAD OF LIES (FILEM KOREA) - Assalamualaikum wbt korang. Lama dah aku tak update apa-apa. Aku belum fully recover dari operation. Operation apa? Nanti aku story lain entri ya? Duduk rumah Mama ni aku asyik layan filem Korea je. Sebab filem Korea banyak buat aku berfikir. So fresh sikit otak aku ni.


JUDUL : THREAD OF LIES (KOREA)
GENRE : Drama
PENGARAH : Lee Han
PENERBIT : Ubu Film Movie Rock
PELAKON : Kim Hee-ae, Go Ah-sung, Kim Hyang-gi & Kim Yoo-jung

SINOPSIS THREAD OF LIES
Mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu tunggal bernama Hyun-Sook, bersama dua orang anak perempuannya Lee Man-Ji dan Lee Cheong-Ji, yang tinggal bertiga dalam keadaan bahagia. Namun bahagia itu tidak kekal apabila anaknya yang disayangi, Cheong-Ji, telah membunuh diri dengan menggantungkan dirinya.

SINOPSIS THREAD OF LIES (FILEM KOREA)

Cheong-Ji adalah seorang yang tidak banyak kerenah, suka belajar dan menyenangkan hati Hyun-Sook. Sebelum mati, Cheong-Ji telah meminta ibunya membelikan dia sebuah alat pendengar MP3.

Kerana tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa Cheong-Ji, ibunya dan kakaknya Man-Ji terus menyiasat punca Cheong-Ji membunuh diri. Man-Ji terjumpa bukti bahawa rakan baik Cheong-Ji, iaitu Kim Hwa-Yeon yang menjadi punca Cheong-Ji mengambil keputusan membunuh diri. Cheong-Ji disyaki dibuli oleh Hwa-Yeon.

SINOPSIS THREAD OF LIES (FILEM KOREA)

SINOPSIS THREAD OF LIES (FILEM KOREA)

Namun di pengakhiran cerita, bukanlah Hwa-Yeon yang menjadi punca. Dan sementara mencari bukti yang sebenar, Man-Ji dan ibunya terjumpa nota di dalam gulungan benang kait berwarna merah. Dan disitulah mereka mengetahui bukti yang sebenar.

No comments:

Post a Comment