VIETNAMESE ROLL VERSI GORENG BERSAMA SOS

VIETNAMESE ROLL VERSI GORENG BERSAMA SOS - Vietnamese Roll atau popia Vietnam ni memang kegemaran aku dengan Mama. Yang lain tak makan sangat. Tapi kalau buat depa makan lah juga. Selalunya popia ni dibalut dan terus dimakan. Ada juga yang buat secara goreng.

VIETNAMESE ROLL VERSI GORENG BERSAMA SOS

So haritu macam mengidam sangat nak makan versi goreng. Buat lah sikit dalam 5 ketul macam tu. Mula-mula Mama minta buatkan dia versi tak goreng sebab Mama tak suka yang goreng, tiba-tiba cakap tak payah pula. Aku pun okay je.

So dalam ni aku letak crabstick dengan daun pudina je. Popia ni sedap kalau ada daun pudina. Kalau tak macam takde kick sangat. Sos dia pula aku guna sos ikan,cuka,  limau kasturi, madu, chili flakes dengan daun bawang cincang. Masak kejap. Aku guna microwave je seminit. Settle.

VIETNAMESE ROLL VERSI GORENG BERSAMA SOS

Nak masak tu jangan minyak banyak sangat nanti rasa terlalu berminyak. Kalau boleh guna nonstick pan, senang sikit. Masak dia pun tak payah lama-lama sangat.

Yang best tu, masa aku nak makan, Mama pandang-pandang. Aku buat tak tahu je, tak offer pun. Haha ! Tiba-tiba Mama nak rasa, lepas tu Mama cakap SEDAP ! Orang dah puji sedap, aku pun kembang hidung dengan jayanya. Hidung je kembang, badan tak kembang-kembang pun. Lolsss

So nak bagitahu, vietnamese roll ni boleh je pelbagaikan. Tapi kena lipat secepatnya sebab kulitnya cepat sangat nak terkoyak.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Wahhh, teringin lah nak rasa vietnamese roll ni..selalu jugak nampak orang jual,, tapi tak kesempatan nak beli..

    ReplyDelete